Putuskan Kitaran Sabotaj Diri Anda Sekarang

Jika anda hidup dengan ADHD dewasa, anda mungkin kenal dengan corak ini: penuh idea hebat, impian besar, dan tenaga untuk melakukan banyak perkara, tetapi entah bagaimana, perjalanan selalu tersangkut di tengah jalan. Tugas tertangguh, komitmen terbatal, atau anda akhirnya menarik diri kerana rasa terlalu tertekan.

Corak ini bukan tanda malas atau lemah. Ia adalah cara otak ADHD berfungsi, sering “mengubah skrip” secara tiba-tiba, membuatkan anda terikat dalam kitaran yang kucar-kacir. Berita baiknya; corak ini boleh difahami dan diurus. Dengan mengenali tanda-tanda awal, anda boleh mula menulis skrip hidup yang lebih seimbang. 

Tanda-Tanda Sabotaj Diri bagi ADHD Dewasa

Kadang-kadang, sabotaj diri berlaku tanpa disedari. Antara tanda biasa:

  1. Mudah tercetus konflik bila rasa serabut atau tertekan – dengan pasangan, keluarga, kawan atau rakan sekerja.
  2. Suka menangguhkan kerja – sampai saat paling akhir sehingga panik di saat akhir.
  3. Cepat rasa putus asa sebelum sempat mencuba
  4. Overwork diri sendiri – Terlalu fokus pada kerja hingga abaikan rehat, akhirnya menyebabkan keletihan yang melampau.
  5. Sukar meminta tolong – walaupun anda telah mencuba beberapa cara dan hadapi kegagalan, anda masih lagi tidak mahu minta tolong orang lain yang mungkin lebih arif tentang masalah anda.

Jika anda nampak diri anda dalam corak ini, ketahuilah, ia bukan kelemahan peribadi. Otak ADHD hanya berfungsi dengan cara yang berbeza, dan corak ini boleh diurus.

Kenapa Otak ADHD Sabotaj Diri Sendiri?

ADHD membawa corak pemikiran dan tingkah laku tertentu yang boleh menghalang matlamat jangka panjang. Antaranya:

  1. Berfikiran Negatif tentang Diri Sendiri → “Ala, aku ni teruk lah tak macam orang lain. Macam tak normal je aku ni.”
  2. Suka procrastinate Otak ADHD lebih responsif bila ada urgency . Sebabnya, deadline yang sudah dekat = adrenalin tinggi = senang untuk fokus. 
  3. Suka people-pleasing → Anda sukar katakan ‘tidak’ kepada orang lain dan gemar untuk mengatakan ‘ya’ kepada semua orang. Kadangkala, terlalu mengikut rentak orang lain boleh buat anda penat sampai burnout.
  4. ADHD freeze → overstimulation boleh buatkan otak ADHD anda untuk shutdown atau meletup. Jadi, bila anda dalam ‘shutdown mode’, tugasan kecil akan jadi seperti sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.
  5. Terlalu impulsif → Cepat membuat keputusan tanpa sempat menilai risiko – seperti kata pepatah Melayu, terjun dulu, menyesal kemudian.

Apa Yang Boleh Bantu Anda Dari Sabotaj Diri Sendiri?

Mengurus ADHD bukan tentang “mengawal” sepenuhnya, tetapi tentang bekerjasama dengan otak anda. Beberapa strategi yang boleh membantu anda:

  1. Ubah persekitaran anda – Cipta zon fokus yang kemas, tenang dan bebas gangguan visual atau bunyi. Persekitaran yang teratur memudahkan otak ADHD memberi kerjasama.
  2. Cari rakan accountability lakukan kerja anda bersama atau di depan orang lain (body doubling). Kehadiran rakan boleh meningkatkan fokus dan rasa tanggungjawab.
  3. Bina ‘Cat House’ anda – seperti kucing perlukan tempat berehat, cuba bina sebuah ruang yang selesa dan mampu menyokong anda secara sensori atau visual. Ruang ini membantu mengurangkan rasa ingin mengelak tugasan.
  4. Lepaskan emosi anda – jangan pendam emosi negatif anda terlalu lama. Menangis, meluahkan atau melepaskan marah dengan cara yang terkawal boleh mencegah letupan emosi yang besar.

Selain itu, sekiranya otak ADHD anda mengalami overload anda mungkin akan berada dalam kesedihan yang mendalam. Berikut adalah sokongan yang berguna untuk diri anda sebagai dewasa ADHD:

  1. Pastikan makan teratur – bila tenaga anda kurang, kadang-kadang makan pun susah. Jadi, anda harus makan pada waktu yang anda sepatutnya makan kerana tenaga yang stabil bantu fokus lebih baik
  2. Cari hiburan ringan – apabila stres cuba cari medium hiburan  ringan untuk menenangkan diri anda seperti menonton filem animasi atau bermain permainan di telefon pintar anda.
  3. Gunakan bantuan logistik – sediakan pakaian lebih awal, isi minyak kereta sebelum habis, atau gunakan struktur kecil yang konsisten dalam hidup.

Hidup kita ini bagaikan laut. Kadang tenang, kadang ada ribut, kadang-kadang kita akan dilanda badai ombak pada waktu yang tidak dijangka. Penting untuk kita sediakan sokongan kepada diri sendiri sebagai ADHD dewasa supaya otak kita tidak akan mensabotaj diri kita.

Mengalir Bersama Arus ADHD Dewasa

Sabotaj diridiri sendiri bukanlah identiti diri anda sebagai seorang individu dengan ADHD. Ia juga sudah semestinya tidak mencerminkan siapa anda sebagai seorang individu. Ia adalah sebuah corak yang terbentuk daripada caraotak ADHD berfungsi. Dengan strategi yang sesuai dan sokongan berterusan, anda boleh hentikan kitaran ini.. Ini masa untuk memulakan fun race yang selari dengan cara otak ADHD anda berfungsi.

Hidup dengan ADHD ibarat berada di lautan: ada ombak tenang, ada badai mengejut. Kuncinya bukan melawan arus, tetapi belajar menunggang ombak. Di situlah anda akan menemui rentak unik dan kehidupan yang lebih bermakna.

Rujukan:

  1. Irvine, B., Elise, F., Brinkert, J., Poole, D., Farran, E. K., Milne, E., Scerif, G., Crane, L., & Remington, A. (2024). ‘A storm of post-it notes’: Experiences of perceptual capacity in autism and ADHD. Neurodiversity, 2. https://doi.org/10.1177/27546330241229004 (Original work published 2024)
  2. ADHD and Self Sabotage | Psychology Today
  3. ADHD & Self-Sabotage: Breaking Free from High Expectations | The ADDvocacy Project Australia
  4. How Stress and Self-Sabotage Interfere With ADHD Happiness | Psychology Today
  5. Self-Sabotage and ADHD: Are You Your Own Worst Enemy? | ADDITUDE

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.