Panduan Praktikal untuk Guru yang Mengajar Pelajar Autistik

Mengajar pelajar autistik bermaksud mengajar dengan cara yang selaras dengan pelbagai cara pemikiran yang unik. Bagi kebanyakkan pelajar autistik, logik, kejelasan, dan rasa hormat jauh lebih berkesan daripada autoriti atau rutin semata-mata.

Apabila guru meluangkan masa untuk menerangkan tujuan sesuatu tugasan, mengiktiraf kekuatan pelajar, dan menyediakan ruang untuk meregulasi diri, pelajar boleh bergerak daripada rasa menentang kepada rasa ingin tahu.

Berikut ialah cara menyokong murid autistik — dengan kesabaran, kefahaman, dan belas ihsan yang praktikal.

Tip 1: Sentiasa Terangkan “Mengapa dan Kenapa”

Ramai murid autistik berkembang dengan logik dan konsistensi. Arahan tanpa konteks seperti “sebab cikgu cakap” atau “ini peraturan sekolah” boleh mencetuskan penentangan, kekeliruan, atau shutdown.

Sebaliknya, berikan alasan yang jelas dan mudah difahami:

“Kita simpan telefon supaya semua orang boleh fokus. Bunyi notifikasi boleh ganggu kamu dan rakan lain.” – bagi pelajar universiti.

atau

“Kita bergilir bercakap supaya semua idea boleh didengari dengan adil.” – apabila melakukan aktiviti berkumpulan.

Pelajar autistik sering menghormati logik. Apabila tujuan sesuatu peraturan diterangkan, ia mengurangkan salah daham dan membina kepercayaan.

Setiap kali anda menjelaskan “mengapa” anda sedang membina ramalan, keselamatan dan penglibatan dalam bilik darjah.

Tip 2: Kenal Pasti Kekuatan Pelajar

Ramai pelajar autistik mempunyai minat mendalam dalam sesuatu topik seperti matematik, fizik, seni, haiwan, peta, kereta api, dan sebagainya. Minat ini bukanlah gangguan kepada pembelajaran tetapi ia adalah pintu kepada pembelajaran dan penguasaan.

Peranan anda sebagai guru:

  • Perhatikan di mana pelajar menunjukkan kekuatan.
  • Kaitkan tugasan dengan minat mereka bila sesuai.
  • Tunjukkan minat anda terhadap kemahiran mereka, seperti, “Cepatnya kamuselesaikan rubic cube. Boleh ajar cikgu?”

Apabila murid merasa dihargai, mereka biasanya membalas dengan fokus dan usaha yang tinggi.

Tip 3: Utamakan Konkrit Berbanding Abstrak

Konsep abstrak boleh menjadi cabaran. Mereka biasanya lebih mudah belajar melalui visual, contoh sebenar, model dan langkah berurutan. 

Cara mengaplikasinya:

  • Ketika menerangkan konsep “harapan” yang sangat abstrak, kaitkan dengan cerita atau situasi realistik.
  • Gunakan visual, model, demonstrasi ketika menerangkan konsep yang abstrak.
  • Pecahkan konsep besar menjadi contoh kecil dan jelas.

Pelajar autistik cenderung memproses maklumat secara “detail-first”, jadi konkritkan dahulu sebelum bergerak kepada idea abstrak.

Tip 4: Sediakan Cara Berkomunikasi yang Selamat

Komunikasi boleh menjadi sukar semasa pelajar mengalami sensory overload atau tekanan ketika dalam bilik darjah.

Sediakan pilihan cara berkomunikasi yang selamat dan ringkas:

  1. Bahasa isyarat ringkas (“ya”, “tidak”, “ulang”, “tunggu”).
  2. Kad simbol seperti “saya perlukan rehat”, “saya tak faham”, “tolong ulang”.
  3. Hormati komunikasi nonverbal seperti elak kontak mata atau fidgeting.

Bantu pelajar memahami bahawa mereka boleh meminta rehat (“time-out”) ketika perlu. Ini membantu meningkatkan autonomi dan mengurangkan meltdown. Anda juga boleh normalisasikan rehat sebentar bersama pelajar anda:

“Kadang-kadang semua orang perlukan masa untuk bertenang.”

Tip 5: Hormati Stimming & Regulasi Diri

Stimming seperti mengetuk kerusi, menggoyang kaki, memusing objek (pen/buku/kerusi/meja) membantu pelajar autistik kekal fokus dan tenang.

Elakkan menghentikan stimming kecuali ia berbahaya atau mengganggu orang lain. Berikan alternatif yang selamat atau lebih senyap.

“Nampaknya fidgeting bantu kamu fokus — jom cari alat yang sesuai untuk digunakan masa belajar.”

Stimming bukan gangguan. Ia adalah alat sokongan.

Tip 6: Apabila Tidak Pasti, Dengar Dahulu

Setiap pelajar autistik adalah unik. Apabila anda ragu, cuba tanyakan kepada pelajar anda:

  • “Cara apa paling membantu awak fokus?”
  • “Awak nak penerangan visual atau lisan?”
  • “Awak selesa kerja berpasangan, berkumpulan atau sendiri?”

Pelajar adalah pakar tentang diri mereka. Peranan anda ialah menyediakan ruang untuk suara mereka didengari.

Mengajar Dengan Rasa Ingin Tahu, Bukan Kawalan

Mengajar pelajar autistik memerlukan kesediaan untuk memahami perbezaan dan keunikan mereka. Dengan menerangkan sebab , meraikan minat mereka, dan memberi autonomi,anda bukan sahaja mengajar akademik, anda mengajar pelajar anda tentang kepercayaan, keselamatan dan kehormatan.

Dengan kesabaran dan keinginan untuk belajar, bilik darjah boleh menjadi ruang di mana pelajar neurodivergen benar-benar berkembang.

Rujukan:

  1. Teaching students with autism: Strategies for primary school teachers | The Education Hub NZ
  2. Life Journey Through Autism: An Educator’s Guide to Autism | Organization for Autism Research
  3. How to create using strategies that help all pupils autism friendly classrooms | Autism Hampshire UK
  4. A SENCO’s guide to supporting learners on the autism spectrum | Autism Education Trust UK

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.