Kita semua tahu betapa nikmatnya rasa selepas mendapat tidur malam yang lena. Bila bangun pagi, terasa seolah-olah tiada apa yang kita tak boleh capai. Sekurang-kurangnya, kita tidak perlu lagi bergantung kepada secawan kopi seawal 8 pagi sambil menahan mata yang masih sembab. Namun, bagi ramai individu autistik, kenikmatan dari tidur yang cukup itu mungkin hadir satu dalam seratus malam? Sangat misteri bukan?
Mari dalami mengapa tidur boleh menjadi cabaran yang besar kepada individu autistik bersama Minda Inklusif minggu ini!
Tidur merupakan proses yang penting. Ia ibarat butang ‘reset’ untuk otak manusia. Bayangkan otak kita seperti telefon bimbit. Tanpa tidur yang cukup, kita akan cepat kehabisan ‘bateri’. Hasilnya, badan terasa lemau dan perlahan. Tidur yang berkualiti penting untuk semua orang kerana ia:
Meningkatkan keupayaan merancang dan membuat keputusan
Namun bagi individu autistik, tidur boleh menjadi sebuah cabaran yang berterusan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tidur mereka bukan sekadar sukar, malah terasa seperti mengharungi taufan setiap malam:
Kekeliruan Melatonin & Ritma Sirkadian (Circadian Rhythm)
Individu autistik juga mengalami perubahan ritma sirkadian (circadian rhythm) yang tidak seiring dengan siang dan malam. Seperti anda berada di Malaysia tetapi badan bekerja di zon waktu Eropah.
Sensitiviti Deria
Ketika hendak tidur, bunyi kipas, bunyi jam berdetik atau kain cadar yang gatal boleh menyebabkan individu autistik berasa gelisah sepanjang malam dan menyukarkan mereka untuk tidur.
Resah dan Sukar untuk Bersantai
Individu autistik yang cenderung kepada rutin dan persekitaran yang boleh diramal akan merasa cemas dan tidak dapat tidur, walaupun sangat penat, apabila berlaku perubahan tempat tidur. Contohnya, tidur di rumah nenek ketika pulang beraya di kampung.
Gangguan Tidur
Penting untuk kita faham bahawa tidur berkualiti bukanlah satu kemewahan bagi individu autistik tetapi ia adalah keperluan asas untuk memastikan fungsi harian mereka berjalan lancar. Proses ‘recharge’ setiap malam bagi mereka mungkin lebih sukar dan mereka memerlukan sokongan, serta pemahaman yang lebih inklusif.
Sebagai komuniti inklusif, kita haruslah memainkan peranan dalam menyokong dan menghormati rutin yang telah dibentuk oleh individu autistik dan mengelakkan daripada melabel mereka hanya disebabkan kesukaran dalammendapatkan tidur yang berkualiti. Tidur yang cukup dan berkualiti adalah langkah pertama menuju hari yang lebih baik, untuk semua – termasuk mereka yang hidup dengan autisme.
🌙 Kita bukan saja mengira kambing, tapi juga keperluan dan empati yang kita boleh tawarkan kepada komuniti autistik.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.