Apabila mendengar perkataan “disleksia”, kebanyakan kita akan membayangkan seseorang yang sukar membaca, sering tersangkut ketika bercakap, atau tertukar huruf ketika membaca. Gambaran ini biasanya lebih ketara pada kanak-kanak. Namun, pengalaman disleksia pada orang dewasa mungkin berbeza, lebih halus, tetapi tetap memberi kesan kepada kehidupan harian.
Disleksia ialah perbezaan neurologi yang dialami kira-kira 10% daripada populasi global (Nalavany et al., 2023). Ia dicirikan oleh kesukaran membaca dan mengeja dengan tepat dan lancar, serta cabaran dalam memproses fonologi. Selain itu, individu dengan disleksia sering mengalami kesukaran dalam mengekalkan tumpuan, memori kerja, komunikasi lisan dan pengurusan fungsi eksekutif.
Disleksia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan hitam putih sahaja. Disleksia adalah spektrum yang mempunyai continuous traits. Ia melibatkan cara bagaimana otak individu memproses bahasa, tidak kira secara lisan atau bukan lisan.
Seperti yang pernah disebut oleh Rapin, “Tiada garisan jelas antara normal dan disorder.”
Hingga kini, belum ada satu definisi tunggal tentang disleksia yang diterima secara menyeluruh. Disebabkan pengalaman individu dengan disleksia yang berbeza antara satu sama lain, penyelidik melihat disleksia melalui pelbagai lensa.
Berikut adalah antara beberapa pendekatan yang digunakan untuk mentakrifkan disleksia:
Disleksia adalah profil kognitif yang tidak seimbang – individu mempunyai kelemahan dalam sesetengah bidang, tetapi kekuatan dalam bidang lain.
Variasi pendekatan terhadap definisi disleksia menunjukkan disleksia adalah spektrum yang mempunyai pelbagai dimensi dan berbeza konteks berdasarkan individu. Secara inklusif, untuk mengenal pasti disleksia – individu berkongsi beberapa ciri atau simptom yang berbeza tahapnya.
Kajian saintifik mendapati terdapat perbezaan struktur dan fungsi otak individu dengan disleksia, seperti:
Isu pemprosesan visual – terdapat perbezaan dalam sistem magnocellular yang boleh menjejaskan kelajuan otak memproses visual dan ketepatan membaca.
Penemuan ini menyokong bahawa disleksia berpunca daripada faktor biologi-neurologi, bukan kerana seseorang itu malas atau kurang bijak.
Penjagaan Diri dan Otak Disleksia
Mempunyai disleksia bukan sekadar menyesuaikan diri anda dengan keperluan otak sendiri, tetapi juga menghargai dan menyayangi diri.
Advokasi Diri – minta sokongan jika anda memerlukan seperti memerlukan masa tambahan untuk memahami penulisan, alat bantuan pembelajaran dan sebagainya. Anda berhak mendapat akses kepada sokongan.
Memahami disleksia bermakna kita melihat insan di sebalik cabaran: menghargai usaha, menyokong kekuatan, dan menyediakan ruang tanpa rasa malu. Dengan kesedaran dan kasih sayang, apa yang dahulu dianggap kelemahan boleh menjadi sumber kreativiti, keprihatinan dan empati.
Sekiranya anda ingin lebih memahami disleksia dan pengalaman individu dengan disleksia, anda boleh sertai Amani dalam siri Chit Chat ADHD+ pada bulan Ogos. Pendaftaran boleh dilakukan di borang ini.
Selain itu, jka anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.