Membaca sering dianggap sebagai jendela kepada perkembangan kognitif kanak-kanak – menjadi penanda aras kepada kesediaan mereka ke sekolah dan kematangan dalam perkembangan bahasa. Namun, terdapat segelintir individu yang menunjukkan keupayaan membaca luar biasa pada usia yang sangat muda, sebelum perkembangan bahasa lisan mereka matang sepenuhnya. Keadaan ini dikenali sebagai hiperleksia, satu profil atau pola perkembangan yang menarik dalam spekturm perkembangan neuro. Jom kita fahami dengan lebih lanjut corak perkembangan unik ini dan bagaimana ia boleh dikenalpasti.
Istilah ‘hiperleksia’ diperkenalkan pertama kali oleh seorang pengkaji bernama Silberberg lewat tahun 1960-an. Hiperleksia merujuk kepada kebolehan membaca yang luar biasa pada usia yang sangat muda, selalunya tanpa pengajaran formal. Kanak-kanak dengan hiperleksia mempunyai kebolehan untuk membaca walaupun masih belum boleh untuk bercakap dengan ayat penuh. Mereka juga mempunyai minat yang tinggi terhadap buku seperti mempunyai tarikan yang sangat mendalam terhadap huruf, nombor atau simbol seawal usia satu tahun.
Disebalik kebolehan membaca, individu atau kanak-kanak hiperleksik selalunya mengalami kelewatan atau kesukaran dalam memahami bahasa secara lisan, serta kurang pemahaman terhadap kandungan bacaan dari segi konteks sosial jika dibandingkan dengan keupayaan mereka untuk membaca perkataan secara mekanikal. Dalam erti kata mudah, individu hiperleksik boleh menyebut perkataan dengan betul, tetapi tidak memahami maksud atau konteks perkataan yang dibaca.
Hiperleksia boleh difahami melalui tiga jenis:
Perkembangan otak individu tidak mengikut sebuah garisan yang lurus. Ini menyebabkan kita sukar untuk pinpoint sebuah masalah perkembangan neuro antara satu individu dengan individu yang lain. Hiperleksia boleh bertindih dan wujud serentak dengan gangguan perkembangan lain bagi sesetengah individu.
Sebagai contoh, bagi individu dengan ASD – individu akan menunjukkan ciri-ciri hiperleksia dan ASD pada masa yang sama. Ada individu autistik boleh membaca lebih awal tetapi mempunyai kelemahan dalam pemahaman. Malah kajian mengenai autisme (Asberg et al., 2019) menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai ciri autistik yang tinggi seperti mempunyai perhatian terperinci mempunyai kecenderungan untuk mempunyai hiperleksia.
Dalam kalangan individu dengan ADHD, khususnya jenis tidak fokus (inattentive type) , sesetengahnya turut menunjukkan ciri hiperleksia, termasuk isu pemprosesan deria dan kesukaran dalam pengurusan emosi. Walau bagaimanapun, ini tidak bersifat universal dan boleh berbeza-beza antara individu. Ciri seperti ini juga sering ditemui dalam spektrum gangguan perkembangan neuro yang lain kerana berkongsi kerentanan genetic dan asas kognitif yang sama. Menurut Gilberg (2010) yang memperkenalkan model ESSENCE (Early Symptomatic Syndromes Eliciting Neurodevelopmental Clinical Examinations), gangguan perkembangan neuro jarang berlaku secara tunggal. Biasanya, kanak-kanak yang mempunyai satu jenis gangguan seperti kelewatan bahasa atau kesukaran memberi tumpuan juga menunjukkan ciri-ciri atau kesukaran lain.
Hiperleksia bukanlah sesuatu yang ‘hilang’ apabila individu meningkat dewasa. Hiperleksia merupakan sebahagian daripada spektrum perkembangan neuro seperti disleksia dan TS. Individu dengan hiperleksia, terutamanya jenis 2 dan jenis 3, mungkin terus mengalami cabaran kognitif dan sosial hingga ke alam dewasa.
Walaupun kajian mengenai hiperleksia dalam kalangan dewasa masih terhad, simptomnya boleh berlanjutan dan memberi kesan terhadap komunikasi serta fungsi sosial. Diagnosis hiperleksia dalam kalangan dewasa biasanya berasaskan petunjuk utama semasa zaman kanak-kanak, seperti:
Kesukaran dalam komunikasi sosial – Sukar menyesuaikan diri dalam situasi sosial, menunjukkan kebergantungan kepada rutin, dan mempunyai minat yang terfokus secara mendalam terhadap sesuatu topik tertentu.
Tidak semua individu membaca dengan cara yang sama, dan tidak semua yang mula membaca awal akan menjadi mahir dalam memahami atau berkomunikasi. Otak manusia memproses bahasa dan pembelajaran dengan cara yang berbeza-beza. Memahami keadaan ini bukan sahaja membantu guru dan ibu bapa, tetapi juga penting dalam membina sistem sokongan yang benar-benar inklusif. Sebagaimana otak berkembang mengikut pelbagai corak, pendekatan kita juga perlu lebih fleksibel, menyeluruh, dan penuh empati terhadap keunikan setiap individu.
Sekiranya anda ingin tahu mengenai Hiperleksia dan pengalaman individu hiperleksik, anda boleh sertai Adam dalam siri Chit Chat ADHD+ pada bulan Ogos. Pendaftaran boleh dilakukan di borang ini.
Selain itu, jka anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.