ADHD dan Autisme di Sekolah: Membina Bilik Darjah yang Inklusif

Bayangkan sebuah kelas di sekolah menengah. Semasa aktiviti kumpulan, Amir, pelajar berumur 14 tahun dengan ADHD, tanpa sengaja mencelah rakan-rakannya buat kali ketiga. Dia tidak berniat begitu; idea datang lebih cepat daripada kebolehannya menahan diri. Cikgu berhenti seketika memerhati kumpulan Amir. Suasana menjadi tegang, dan senyuman ceria Amir perlahan-lahan berubah menjadi senyuman malu dan bersalah.

AI generated image

Di sudut kelas, Sara, seorang pelajar autistik, melakar bentuk geometri di kertasnya tanpa menyertai perbincangan kumpulan. Rakan-rakannya menyangka dia tidak berminat. Mereka tidak tahu, lakaran itulah sebenarnya nota visual keseluruhan perbincangan kumpulan, yang akhirnya membantu mereka memenangi pertandingan bulan Matematik.

Dua minda neurodivergen. Dua situasi yang membuka persoalan besar dalam pendidikan; inklusiviti untuk pelajar ADHD dan autisme (ASD) di sekolah masih jauh daripada ideal.

Minggu ini, blog Minda Inklusif mengajak anda memahami apa sebanarnya maksud inklusiviti bagi pelajar ADHD dan autisme. 

Memahami Pelajar Neurodivergen dan Inklusiviti

Bagi pelajar dengan ADHD, fokus yang mudah teralih, impulsiviti, dan struktur kelas yang terlalu kaku menjadi cabaran dalam kehidupan seharian  (Barkley, 2016; DuPaul & Stoner, 2014). Manakala, bagi pelajar autistik, rangsangan sensori, perubahan mendadak, dan interaksi sosial yang tidak selalu jelas boleh menyebabkan keletihan yang dalam.

Namun, banyak sistem pendidikan masih berpegang pada pendekatan “satu acuan untuk semua”, seolah-olah semua pelajar belajar dan berfikir dengan cara yang sama.

“Inklusiviti” bukan sekadar membenarkan pelajar ADHD atau autistik berada dalam kelas yang sama. Ia tentang memastikan mereka berkembang dan terlibat sama seperti pelajar lain. 

Inklusiviti adalah sebuah bentuk penyertaan aktif dan bermakna. Bagi pelajar neurodivergen ini bermaksud bukan sekadar kehadiran fizikal tetapi penyertaan bilik darjah. Pendidikan inklusif bermakna bilik darjah direka untuk menghargai kepelbagaian kognitif, pelajar rasa dihargai dan mampu berhubung dengan komuniti bilik darjah.

Sistem pelajaran kita masih lagi bergelut dengan inklusiviti bilik darjah. Kerana sistem kita sentiasa memuji struktur, pelajar yang akur dan teratur, ini secara tidak sengaja menolak pelajar yang berfikir dan bertindak dengan cara berbeza. Akibatnya? Pelajar mengalami pengasingan sosial, motivasi ke sekolah merosot, dan kitaran kegagalan akademik berulang.

Cabaran pelajar neurodivergen di sekolah dan bilik darjah bukan sekadar cabaran akademik. Emosi juga terlibat. ADHD dan autisme mempengaruhi cara pelajar merasai rasa diterima dalam kalangan rakan sebaya. Dan dalam penyelidikan psikologi, rasa “belonginess” ini merupakan faktor terhadap motivasi, harga diri, dan kejayaan masa depan. Kerana itu, akses kepada pendidikan tanpa rasa belonginess masih meninggalkan kesan kepada pelajar neurodivergen.

AI generated image

Persoalannya, bagaimana kita menyemaikan penerimaan dan inklusiviti ini?

Persekitaran Pembelajaran Membentuk Tingkah Laku

Penyelidikan psikologi menunjukkan bahawa persekitaran jauh lebih penting daripada diagnosis individu. Dalam pelbagai kajian kelas di seluruh dunia, pelajar ADHD dan autistik menunjukkan kemajuan besar apabila struktur, pergerakan, dan sokongan sosial digabungkan dalam proses pembelajaran. Di sinilah kisahnya berubah menjadi harapan.

Antara beberapa dapatan kajian tentang persekitaran pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan ADHD dan autistik untuk meningkatkan kemahiran sosial serta pengawalan emosi adalah:

  • Semasa pembelajaran berkumpulan, fokus pelajar neurodivergen meningkat kerana wujud struktur sosial dalam interaksi dan pembelajaran. Penglibatan secara aktif meningkat bagi pelajar aktiviti melalui aktivit program sains.
  • Semasa kerja individu, tingkah laku tidak fokus meningkat, terutamanya bagi murid ADHD namun kerja individu mampu meningkatkan fokus bagi pelajar autistik kerana tenaga mereka tertumpu kepada tugasan yang mempunyai struktur daripada awal.
  • Peralihan aktiviti di dalam bilik darjah seperti menunggu arahan boleh mencetuskan lonjakan tenaga motor dan verbal dalam semua pelajar, bukan hanya pelajar neurodivergen.
  • Kawalan diri dan tumpuan melalui aktiviti pendek dan berfokus khususnya bagi pelajar dengan ADHD.
  • Kerjasama dan sosialisasi melalui permainan berpasukan yang menekankan empati dan peraturan.
  • Kepelbagaian aktiviti fizikal dalam bilik darjah

    boleh mengekalkan minat dan motivasi pelajar untuk berinteraksi secara aktif.

Seorang guru berkata melalui kajian ADHD mengenai pembelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal:

“Pelajar ADHD kelihatan lebih terlibat dan mula berinteraksi lebih baik dengan rakan sekelas. Ada yang dulunya menyendiri kini jadi ketua kumpulan.”

Walau bagaimanapun perlu kita fahami, kesan ini boleh berbeza mengikut peringkat umur. Pelajar di sekolah rendah biasanya mendapat manfaat daripada kawalan persekitaran oleh guru, manakala pelajar sekolah menengah perlu berdikari dan mungkin lebih sukar untuk mereka mengurus perhatian dan mengatur diri.

Justeru itu, pendidikan teknikal dan jasmani berstruktur yang menekankan kerjasama dan refleksi mampu membuka ruang inklusiviti bilik darjah.

Guru sebagai Jambatan Pendidikan Inklusif

Sikap dan latihan guru tentang pendidikan inklusif menentukan pembelajaran yang inklusif dan aktif bagi pelajar neurodivergen. Kajian ADHD menunjukkan kepercayaan guru terhadap ADHD mempengaruhi hasil akademik pelajar. Namun, salah faham dalam kalangan guru masih wujud. Contohnya ramai masih beranggap bahawa ADHD berpunca daripada “kurang disiplin” atau “didikan yang lemah”.

Guru yang memahami pelajar neurodivergen akan mengubah pemikiran dan percakapan daripada “Kenapa kamu tak boleh duduk diam?” kepada “Apa yang boleh bantu kamu fokus dengan lebih baik?”

Seorang guru melalui kajian ADHD menyatakan dengan jujur:

“Saya sedar, ia bukan tentang membetulkan mereka, tapi membetulkan sistem di sekeliling mereka.”

Empat tema utama muncul daripada temu bual guru melalui kajian ADHD yang boleh membantu untuk memahami bagaimana pendidikan inklusif boleh berjaya di bilik darjah:

  1. Cabaran Pengurusan Tingkah Laku – Guru memerlukan latihan dan sokongan yang berterusan untuk mengawal pelajar dengan impuls, hiperaktiviti dan emosi yang sering berubah.
  2. Kepentingan Latihan Neurodivergen buat Guru – Latihan untuk memahami pendidikan khas dan pelajar neurodivergent amat penting untuk membentuk pendidikan inklusif. Kefahaman tentang ADHD dan autisme di sekolah boleh mengubah frustrasi menjadi empati.
  3. Aktiviti Refleksi Berstruktur

    – Aktiviti refleksi yang melibatkan keluarga untuk guru memproses pengalaman, emosi, dan penambahbaikan yang boleh membantu pelajar. Selain itu, aktiviti refleksi boleh dilakukan bersama pelajar untuk membantu pelajar memahami kemajuan dan menekankan tentang kesedaran serta motivasi kendiri.

Selain itu, untuk memperkukuhkan pendidikan inklusif, terdapat beberapa strategi yang boleh diterapkan dalam bilik darjah termasuk:

  • Memecahkan arahan kepada langkah visual yang kecil.
  • Memberi rehat pendek.
  • Menggunakan pembelajaran berkumpulan sebagai pemodelan sosial.
  • Menyediakan peringatan masa sebelum peralihan aktiviti.

Intervensi-mikro dalam bilih darjah boleh meningkatkan kebolehramalan (predictability), satu elemen penting untuk murid Autistik, ADHD, dan AuDHD untuk meregulasi emosi.

Disebabkan itu, pendidikan inklusif adalah sebuah proses yang berterusan. Guru yang menjadi jambatan kepada pendidikan inklusif supaya komuniti boleh meraikan pelajar ADHD yang belajar sambil berjalan ke belakang kelas. Dan memahami bahawa pelajar autistik tidak menatap mata ketika berbual tapi mendengar dengan mendalam.

Pendidikan Inklusif adalah Sebuah Pelaburan

Apabila pendidikan inklusif benar-benar berlaku, bilik darjah boleh menjadi sebuah dunia mini yang kita impikan. Dunia di mana setiap suara dihargai dan setiap minda dianggap berharga.

Melabur dalam pendidikan inklusif mampu meningkatkan akses kepada pembelajaran dan membina masyarakat yang lebih sihat serta memahami.

Apabila pendidikan memahami neurodiversiti, mereka bukan sekadar mengajar dengan cara berbeza, mereka mengajar dengan cara yang lebih baik dan inklusif.

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, individu autistik ataupun AuDHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Butcher, L., Lane, S. Neurodivergent (Autism and ADHD) student experiences of access and inclusion in higher education: an ecological systems theory perspective. High Educ 90, 243–263 (2025). https://doi.org/10.1007/s10734-024-01319-6
  2. Leifler, E., Borg, A., & Bölte, S. (2024). A multi-perspective study of Perceived Inclusive Education for students with Neurodevelopmental Disorders. Journal of autism and developmental disorders, 54(4), 1611–1617. https://doi.org/10.1007/s10803-022-05643-7
  3. Hasson, L., Keville, S., Gallagher, J., Onagbesan, D., & Ludlow, A. K. (2022). Inclusivity in education for autism spectrum disorders: Experiences of support from the perspective of parent/carers, school teaching staff and young people on the autism spectrum. International Journal of Developmental Disabilities, 70(2), 201–212. https://doi.org/10.1080/20473869.2022.207041
  4. Kara, K., Kaya Kara, O., Kose, B., Doğan, M., Cetin, S. Y., Sahin, S., & Anaby, D. (2025). School participation, supports and barriers of children with and without attention deficit hyperactivity disorder. BMJ paediatrics open9(1), e002917. https://doi.org/10.1136/bmjpo-2024-002917
  5. Staff, A. I., Oosterlaan, J., van der Oord, S., van den Hoofdakker, B. J., & Luman, M. (2023). The Relation Between Classroom Setting and ADHD Behavior in Children With ADHD Compared to Typically Developing Peers. Journal of attention disorders, 27(9), 939–950. https://doi.org/10.1177/10870547231167522
  6. Zaleski, A.L., Craig, K.J.T., Khan, R. et al. Real-world evaluation of prevalence, cohort characteristics, and healthcare utilization and expenditures among adults and children with autism spectrum disorder, attention-deficit hyperactivity disorder, or both. BMC Health Serv Res 25, 1048 (2025). https://doi.org/10.1186/s12913-025-13296-2
  7. Craddock E. Navigating residual diagnostic categories: The lived experiences of women diagnosed with autism and ADHD in adulthood. Health: An Interdisciplinary Journal for the Social Study of Health, Illness and Medicine. 2025;0(0). doi:10.1177/13634593251336163
  8. Potts, B., Skelton, E., Pavlopoulou, G., Karaminis, T., & Malamateniou, C. (2025). The A3ReAcH (Autistic, ADHD and AuDHD research accessibility in healthcare) framework: Principles for inclusive healthcare research with autistic, ADHD and AuDHD individuals in radiography and medical radiation technology. Journal of medical imaging and radiation sciences, 56(5), 102009. https://doi.org/10.1016/j.jmir.2025.102009

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.