Pelepasan Cukai untuk Penjagaan Kesihatan Mental di Malaysia

Kebanyakan daripada kita bukan sengaja menangguhkan penjagaan kesihatan mental dan bukan kerana kita tidak memerlukannya. Namun dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, penjagaan kesihatan mental sering dirasakan sebagai satu kemewahan.

Ia menjadi sesuatu yang akan dibuat “nanti” apabila ada kelapangan masa, apabila kewangan sudah stabil, atau hanya apabila keadaan sudah menjadi terlalu teruk.

Apa yang ramai tidak sedar ialah, di Malaysia, sistem percukaian telah mengiktiraf penjagaan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kesihatan. 

Ini bermakna, perkhidmatan kesihatan mental layak untuk pelepasan cukai, sama seperti penjagaan kesihatan fizikal.

Mari kita fahami bagaimana anda boleh layak untuk mendapatkan pelepasan cukai ini.

Saya Kena Bayar Cukai Ke?

Soalan ini sering mengelirukan, terutamanya bagi mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan.

Untuk menuntut pelepasan cukai, seseorang perlu berdaftar dan mengemukakan cukai pendapatan sebagai individu. 

Anda dianggap sebagai mastautin cukai di Malaysia jika:

  • Berada di Malaysia sekurang-kurangnya 182 hari setahun, atau
  • Memenuhi syarat mastautin berantai merentasi beberapa tahun berturut-turut

Berdasarkan garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), individu dengan:

  • Pendapatan bulanan sekitar RM3000 ke atas, atau
  • Pendapatan tahunan sekitar RM36,000 ke atas

Kebiasaannya sudah tertakluk kepada keperluan pelaporan cukai pendapatan, bergantung kepada keadaan individu dan penilaian LHDN.

Adakah Sesi Psikologi dan Kaunseling Layak untuk Pelepasan Cukai?

Jawapannya: YA. 

Sesi psikologi dan kaunseling diiktiraf sebagai perbelanjaan perubatan, dan oleh itu layak untuk pelepasan cukai di Malaysia.

Antara perkhidmatan kesihatan mental yang layak termasuk:

  • Pemeriksaan kesihatan mental (konsultasi dan sesi psikoterapi/ terapi)
  • Penilaian psikologi atau diagnostik (contoh: penilaian ADHD, penilaian kemurungan)
  • Sesi kaunseling

Siapakah Professional yang layak?

Untuk melayakkan tuntutan pelepasan cukai, perkhidmatan tersebut mestilah dijalankan oleh profesional yang berdaftar, iaitu:

  • Ahli psikologi klinikal yang berdaftar dengan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MAHPC), di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016
  • Pakar psikiatri yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM)

Perkara Penting Sebelum Mengisi Pelepasan Cukai

  1. Untuk siapa pelepasan ini boleh dituntut?  

Pelepasan cukai bagi perkhidmatan kesihatan mental boleh dituntut untuk:

  • Diri sendiri
  • Pasangan (suami/isteri) 
  • Anak
  1. Apakah dokumen yang diperlukan? 

Dokumen utama yang diperlukan ialah resit bagi setiap sesi yang dijalankan. Pastikan setiap resit mengandungi maklumat berikut:

  •  Nama dan nombor pendaftaran professional ahli terapi
  • Tarikh sesi dijalankan
  • Jenis perkhidmatan (contoh: konsultasi, psikoterapi, penilaian)
  • Resit mesti jelas dan tidak kabur atau pudar
  1. Berapakah jumlah yang boleh dituntut? 

Di bawah sistem percukaian Malaysia, perbelanjaan bagi perkhidmatan kesihatan mental adalah tertakluk kepada had pelepasan sehingga RM1000 setahun di bawah kategori perubatan, selaras dengan garis panduan LHDN semasa.

Penjagaan Kesihatan Mental kini Tidak Lagi Perlu Ditangguhkan

Jika anda sudah melaburkan masa, tenaga, dan wang untuk penjagaan kesihatan mental — pastikan hak cukai anda sebagai rakyat Malaysia tidak tertinggal.

Simpan resit, buat tuntutan, dan teruskan menjaga kesihatan mental anda.

Pelepasan cukai mungkin tidak menghapuskan semua halangan untuk mendapatkan sokongan professional, tetapi ia boleh mengurangkan beban dan membantu anda mengambil langkah pertama.

Kerana kesihatan mental ialah satu bentuk penjagaan kesihatan.

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, individu autistik ataupun AuDHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Pelepasan Cukai | Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia
  2. When is Taxable? | Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.