Panduan Mengurus Pengambilan Ubat-ubatan di Bulan Ramadan

Hello, ADHDer! Bulan yang dinanti-nantikan saban tahun, bulan Ramadan, kini kembali untuk tahun 2025. Adakah anda rasa Ramadan tahun ini akan menjadi satu cabaran kerana pengambilan ubat-ubatan ADHD? Tahukah anda, dengan perancangan yang bijak, anda boleh memastikan pengambilan ubat tidak menganggu ibadah atau menjejaskan kesihatan anda.

Ikuti entri Minda Inklusif untuk beberapa tips bagi menguruskan pengambilan ubat ADHD pada sepanjang bulan Ramadan.

Nota Ringkas: Sebelum merancang pengurusan ubat ADHD sepanjang bulan Ramadan, anda dinasihatkan untuk berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda.

Ambil Ubat Semasa Sahur

Bagi ubat ADHD yang mempunyai ketahanan selama 12 jam, waktu terbaik untuk mengambilnya adalah sebelum Subuh, iaitu semasa sahur. Ini bagi memastikan anda dapat memanfaatkan fungsi ubat secara maksimum sepanjang waktu siang dimana anda perlu kekal fokus dan produktif.

Jika anda bekerja dalam persekitaran yang fleksibel, anda juga boleh menyesuaikan waktu pengambilan ubat dengan nasihat doktor. Sebagai contoh, pada hari yang kurang sibuk atau tidak memerlukan tahap fokus yang tinggi, anda boleh mempertimbangkan pengambilan ubat semasa sahur. Ini memberikan anda lebih kawalan dalam menguruskan pengambilan ubat ADHD sambil mengekalkan keseimbangan antara keperluan perubatan dan ibadah puasa.

Jaga Pemakanan Sepanjang Bulan Ramadan

Penjagaan pemakanan dan pengambilan nutrisi yang seimbang merupakan aspek yang penting, bukan hanya pada hari biasa, tetapi juga sepanjang bulan Ramadan. Ini bagi memastikan tubuh anda mendapat bekalan nutrisi dan tenaga yang mencukupi sepanjang hari ketika anda sedang berpuasa dan dalam waktu yang sama perlu mengambil ubat ADHD. Ubat ADHD boleh mengurangkan selera makan, dan juga menyebabkan dehidrasi. Justeru, pemilihan makanan yang tepat ketika sahur dan berbuka sangat penting bagi mengurangkan kesan sampingan ubat.

Sebagai contoh, anda boleh mencuba makanan yang mengandungi protein, lemak sihat, dan serat ketika sahur kerana ia membantu menstabilkan tenaga dan mengelakkan anda daripada mengalami keletihan mendadak. Jika anda suka makan nasi, anda boleh mengambil nasi perang (brown rice) dengan ayam serta sayuran kerana nasi perang memberikan tenaga kepada tubuh badan lebih banyak daripada nasi putih. Selain itu, sekiranya anda adalah seorang pekera korporat atau pelajar universiti yang biasa memulakan pagi anda dengan kafein seperti kopi atau teh, sebaiknya elakkan sepanjang bulan Ramadan. Ini kerana pengambilan kafein boleh menyebabkan anda cepat dahaga dan mengalami dehidrasi sepanjang hari.

Jaga Tidur Semasa Ramadan

Kebanyakan individu dengan ADHD mengalami kesukaran untuk tidur dan berehat dengan cukup, dan ini boleh menjadi satu cabaran yang lebih besar semasa bulan Ramadan, terutamanya kerana anda perlu bangun lebih awal untuk sahur. Selain itu, aktiviti seperti berbuka puasa bersama keluarga, menunaikan solat terawih dan moreh selepas solat terawih, boleh juga mengganggu rutin tidur anda kerana ia melibatkan penggunaan tenaga untuk bersosial dan beribadah di luar waktu biasa.

Ubat ADHD, yang merupakan ubat perangsang, boleh mempengaruhi kitaran tidur anda pada bulan Ramadan. Oleh itu, penting untuk anda melakukan beberapa strategi yang membantu anda mendapatkan tidur yang cukup tanpa mengganggu ibadah. Sebagai contoh, anda boleh memberi keutamaan untuk solat terawih bagi mengelakkan keletihan yang berlebihan pada esok hari. Selain itu, anda juga boleh melakukan tidur Qailulah atau power nap selama 20 minit pada waktu petang bagi memperbaharui tenaga dan meningkatkan kualiti tidur.

Islam Adalah Memudahkan

Harus diingat, Islam adalah sebuah agama yang mudah dan memudahkan. Ingatlah bahawa Islam memberikan keringanan kepada mereka yang sakit. Sekiranya anda mengalami kesan sampingan ubat ADHD yang terlalu serius, jangan terlalu keras terhadap diri sendiri, yang lebih utama adalah menjaga kesihatan mental dan fizikal anda. Berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat terbaik tentang cara menguruskan ubat dan puasa anda.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang menjaga diri dan kesejahteraan secara keseluruhan. Selamat berpuasa ADHDer daripada Minda Inklusif!

Rujukan:

  1. Grindrod, K., & Alsabbagh, W. (2017). Managing medications during Ramadan fasting. Canadian pharmacists journal : CPJ = Revue des pharmaciens du Canada : RPC, 150(3), 146–149. https://doi.org/10.1177/1715163517700840
  2. Balancing ADHD Medication and Fasting | Harley Mind Care

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
Read More
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Read More
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
Read More
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.
Previous
Next
× Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday