Tahukah anda? Sepanjang sejarah, ramai individu luar biasa yang menunjukkan ciri-ciri yang sering dikaitkan dengan ADHD. Antara ciri-ciri tersebut termasuk tenaga yang tidak terbatas, kreativiti, rasa ingin tahu yang mendalam, dan kebolehan untuk berfikir di luar kebiasaan. Walaupun ADHD tidak diiktiraf pada zaman mereka, pencapaian dan keunikan mereka memberikan petunjuk bahawa mereka mungkin mempunyai ciri-ciri ADHD. Berikut adalah beberapa tokoh sejarah yang menginspirasi kita dengan kepintaran dan semangat mereka.

Seorang polymath sejati, Leonardo da Vinci memiliki rasa ingin tahu yang tinggi, dengan kebolehan luar biasa dalam seni, sains, kejuruteraan, dan anatomi. Keinginan beliau untuk meneroka pelbagai bidang, sering kali melompat dari satu projek ke projek lain tanpa menyelesaikannya mencerminkan kecenderungan ADHD untuk meneroka minat yang pelbagai secara serentak.

Perdana Menteri British yang ikonik ini dikenali dengan tenaganya, sifat impulsif, dan ketahanan dalam menghadapi cabaran. Walaupun menghadapi kesukaran semasa zaman sekolahnya, beliau tetap teguh memimpin dengan idea-idea yang penuh visi serta strategi yang berani, mencerminkan ciri-ciri ADHD seperti ketekunan dan kemampuan berfikir di luar kebiasaan.

Benjamin Franklin, seorang diplomat, pencipta, penulis, dan bapa pengasas Amerika Syarikat merupakan contoh seorang individu dengan minat yang pelbagai dan produktiviti yang tidak pernah surut. Rasa ingin tahunya yang kuat, kebolehan melakukan pelbagai tugas serentak (multitasking) serta keberaniannya mencerminkan ciri-ciri ADHD.

Penyair yang gemar menyendiri ini, terkenal dengan gaya penulisannya yang unik dan inovatifnya. Beliau sering meneroka tema emosi yang mendalam dalam karyanya. Renungan mendalam terhadap diri sendiri dan pemikiran kreatifnya mencerminkan kualiti imaginatif yang sering dikaitkan dengan ADHD.
Tokoh-tokoh sejarah ini mengingatkan kita bahawa ciri-ciri ADHD seperti kreativiti, tenaga, dan ketekunan boleh menjadi pendorong kepada pencapaian yang luar biasa. Legasi mereka membuktikan bahawa berfikir secara berbeza bukanlah kekurangan, sebaliknya ia adalah anugerah yang telah memberi impak besar dalam pembentukan perjalanan sejarah.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.