ADHD adalah sebuah gangguan neuroperkembangan yang muncul sejak zaman kanak-kanak dan ia berterusan sehingga dewasa. Antara kategori utama ADHD ialah hiperaktif-impulsif. Kategori ini dicirikan dengan pergerakan berlebihan, impulsif iaitu kecenderungan untuk bertindak tanpa pertimbangan lanjut dan kesukaran mengawal diri. Memahami gejala-gejala untuk semua kategori ADHD amatlah penting untuk pengurusan diri individu ADHD yang efektif. Artikel ini akan fokus kepada gejala utama ADHD jenis hiperaktif-impulsif, kesan-kesannya, diagnosis dan pilih rawatan.
ADHD jenis hiperaktif-impulsif terkandung dalam 2 dimensi: hiperaktif dan impulsif. Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), untuk memenuhi syarat diagnosis bagi ADHD kurang tumpuan, seseorang individu kebiasaanya menunjukkan enam atau lebih daripada gejala berikut:
Pelajar dengan ADHD hiperaktif-impulsif sering mengalami cabaran yang berikut:
Gangguan tumpuan: Walaupun sedang melakukan aktiviti yang digemari, mengekalkan fokus adalah cabaran yang besar dan boleh memberi kesan kepada keupayaan untuk menyiapkan tugas atau projek.
Dewasa dengan ADHD hiperaktif-impulsif mengalami pelbagai cabaran dalam dunia profesional:
Individu ADHD hiperaktif-impulsif mendapati cabaran dalam persahabatan dan hubungan sosial, seperti:
Kajian mendapati ADHD hiperaktif-impulsif boleh muncul secara berlainan dalam kalangan lelaki dan perempuan. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung menunjukkan sifat hiperaktif yang amat jelas manakala kanak-kanak perempuan menunjukkan sifat ini secara lebih tersembunyi seperti kecenderungan untuk berangan dan kuat bercakap. Oleh sebab itu, diagnosis dalam kalangan jantina perempuan adalah lebih rendah. Kajian juga mendapati jantina perempuan menghadapi cabaran emosi yang lebih besar disebabkan kesan sosial berpunca dari gejala ADHD mereka.
Untuk mendiagnos ADHD hiperaktif-impulsif, penilaian komprehensif amat penting dan perlu dilaksanakan oleh profesional yang berkaitan seperti psikologis klinikal atau psiakiatris. Penilaian biasanya termasuk:
Pemerhatian: Pihak profesional kemungkinan akan membuat pemerhatian teliti terhadap individu terlibat (keluarga, guru) dalam pelbagai konteks (di rumah, di sekolah) untuk mengenalpasti gejala.
Diagnosis yang tepat amat penting kerana gejala ADHD hiperaktif-impulsif boleh bertindih dengan gangguan lain seperti gangguan kembimbangan dan gangguan tingkah laku.
Mengurus ADHD hiperaktif-impulsif melibatkan kombinasi terapi tingkah laku, ubatan dan perubahan gaya hidup.
Terapi kognitif-tingkah laku (CBT) kebiasaannya berguna untuk ADHD hiperaktif-impulsif. CBT fokus kepada:
Menambah baik kemahiran sosial: Terapi boleh membantu untuk individu mengenalpasti isyarat-isyarat sosial dan membangun kemahiran komunikasi yang lebih efektif.
Terdapat juga jenis-jenis terapi lain yang boleh membantu, rujuk golongan profesional untuk mendapatkan nasihat yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Preskripsi ubatan dapat membantu pengurusan gejala di samping terapi. Ubatan stimulan seperti methylphenidate dan amphetamines telah terbukti berkesan untuk mengurangkan tingkah laku hiperaktif dan impulsif. Ubatan bukan stimulan seperti atomoxetine juga boleh membantu terutamanya bagi mereka yang mengalami kesan sampingan dari ubat stimulan.
Selain dari terapi dan ubatan, perubahan gaya juga amat penting untuk memastikan keberkesanan ubat dan terapi:
Tabiat tidur yang sihat: Memastikan tidur cukup adalah penting kerana keletihan boleh menyebabkan gejala ADHD makin buruk.
Individu ADHD bukan individu yang sengaja mementingkan diri atau tidak menghiraukan orang lain. Kelainan otak ADHD sememangnya menyumbang kepada kesukaran untuk mengawal tingkah laku dan tindakan. Kebanyakan individu ADHD membesar dengan perasaan tidak sukakan diri mereka kerana merasa rendah diri dengan diri mereka yang sebenar. Selain daripada pengurusan gejala oleh individu ADHD itu sendiri, persekitaran dan orang sekeliling sangat memainkan peranan untuk membolehkan individu ADHD mencapai kualiti hidup yang baik.
Jika anda rasakan gejala-gejala ADHD ada pada anda sejak kecil atau anda kenali mana-mana individu yang menunjukkan gejala-gejala di atas, hubungi kami untuk dapatkan bantuan lanjut.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.