Individu Autistik dan Social Masking

Cuba bayangkan anda perlu naik ke pentas setiap kali anda perlu berinteraksi dengan orang lain – sentiasa membaca dan menghafal skrip serta memaksa diri untuk menjadi individu yang tidak mencerminkan diri anda yang sebenar. Bagi kebanyakkan individu autistik, ini adalah realiti kehidupan seharian mereka. Fenomena ini adalah sebahagian daripada cara individu autistik untuk mengatasi cabaran melalui teknik masking. Masking bagi individu autistik adalah menyembunyikan ciri-ciri autistik dengan meniru tingkah laku neurotipikal bagi menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Jadi, Apa itu Social Masking?

Social masking bagi individu autistik berlaku apabila individu mengubah tingkah laku mereka untuk kelihatan ‘biasa’ dalam situasi sosial. Social masking dapat membantu individu untuk menghindari daripada penilaian negatif orang sekeliling atau diskriminasi. Teknik ini mempunyai kebarangkalian yang membolehkan individu autistik untuk mudah melakukan interaksi sosial.

Terdapat beberapa contoh social masking yang sering digunakan oleh individu autistik dalam interaksi sosial mereka, seperti:

Meniru Tingkah Laku Neurotipikal

  • Bahasa Tubuh: individu akan menyesuaikan postur badan dan pergerakan ketika berkomunikasi dan mungkin akan memaksa diri sendiri untuk kelihatan lebih tenang (tidak tertekan dalam proses interaksi) agar tidak menarik perhatian orang lain.
  • Ekspresi Wajah: individu dengan secara sedar akan mengawal ekspresi seperti memaksa diri untuk terus senyum, atau mengekalkan tahap keterujaan yang ‘sesuai’ dengan interaksi sosial yang sedang berlaku.

Merancang dan Menghafal Perbualan

  • Merancang dan Menghafal Frasa: individu akan menghafal atau menyediakan skrip perbualan terlebih dahulu untuk memastikan mereka sentiasa tahu apa yang ingin disampaikan. Selain itu, mereka juga bergantung kepada frasa, struktur respons dan anekdot yang telah dipelajari untuk memastikan mereka dapat berkomunikasi dengan lebih jelas.
  • Internal Dialogue: fikiran individu autistik dapat digambarkan sebagai sebuah ‘mail inbox’ dimana inbox ini dipenuhi dengan pelbagai bentuk perbualan yang mungkin akan berlaku dan perbualan yang telah berlaku.

Memaksa Kontak Mata (Eye Contact)

  • Kebanyakan individu autistik akan belajar untuk memaksa diri melakukan kontak mata kerana telah menjangka ianya akan berlaku dalam interaksi sosial walaupun mereka tidak selesa.
  • Simulasi Eye Contact: individu autistik mungkin ada yang memilih untuk melihat ke arah nose bridge, dahi, atau mulut individu yang sedang melakukan interaksi sosial atau dalam perbualan untuk mencipta ilusi bahawa terdapat

    eye contact dalam perbualan tersebut.

People-pleasing & Hypervigilance

  • Tindakan menyenangkan orang lain sehingga mengabaikan diri sendiri (people pleaser) – individu autistik mempunyai kebarangkalian untuk menjadi terlalu sopan atau menjadi seorang ‘yes man’ untuk mengelakkan konflik. Ini menyebabkan mereka tidak terasa sebagai individu yang autentik kerana terpaksa untuk menyekat reaksi atau pendapat sebenar mereka.
  • Pemantauan Diri secara Berterusan (hypervigilance): individu akan sentiasa melakukan pemantauan diri seperti mengubah nada suara dan cara bercakap dalam perbualan, postur badan dan gaya berkomunikasi secara langsung untuk memastikan mereka tidak kelihatan ‘lain’.

Adakah Individu Autistik Harus Sentiasa Menjadi Seorang Pelakon?

Sekiranya social masking adalah sebuah lakonan layar, pastinya ramai individu autistik sudah mempunyai trofi Oscar! Hakikatnya, kehidupan kita bukanlah sebuah lakonan layar dan setiap individu berhak untuk menjadi diri sendiri tanpa sebuah skrip ataupun latihan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Pada akhirnya, matlamat bukanlah untuk mengubah individu autistik supaya mereka menyesuaikan diri, tetapi adalah untuk membina dunia yang tidak memaksa mereka untuk melakukannya. Jadi, mari kita jadikan dunia sebagai sebuah tempat yang lebih mesra dan inklusif tanpa perlu ‘berlakon’ sepanjang masa! 🎭

Rujukan:

  1. Social masking: What is it and why do we do it? | happiful
  2. Hull, L., Petrides, K. V., Allison, C., Smith, P., Baron-Cohen, S., Lai, M. C., & Mandy, W. (2017). “Putting on My Best Normal”: Social Camouflaging in Adults with Autism Spectrum Conditions. Journal of autism and developmental disorders, 47(8), 2519–2534. https://doi.org/10.1007/s10803-017-3166-5
  3. Cook, J. M., Crane, L., & Mandy, W. (2023). Dropping the mask: It takes two. Autism, 28(4), 831-842. https://doi.org/10.1177/13623613231183059
  4. Cook, J., Crane, L., Hull, L., Bourne, L., & Mandy, W. (2022). Self-reported camouflaging behaviours used by autistic adults during everyday social interactions. Autism : the international journal of research and practice, 26(2), 406–421. https://doi.org/10.1177/13623613211026754

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
Read More
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Read More
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
Read More
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.
Previous
Next
× Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday