ADHD Dewasa? Ini Cara Nak Jadi Teratur Akhirnya!

Mempunyai ADHD sebagai individu dewasa ibarat bekerja sepenuh masa. Tapi, situasi ini jauh berbeza daripada pekerjaan biasa, ia adalah “kerjaya” yang tidak diberikan latihan semasa bekerja (on-job training), tiada masa rehat untuk minum kopi dan yang paling mencabar, penuh dengan tugasan yang terbengkalai.

Anda pernah rasa begini?

Jika anda pernah membeli planner baru menjelang tahun baru, namun hanya tinggal kenangan apabila bulan Januari hampir berakhir, artikel ini adalah untuk anda. Bersama Minda Inklusif, mari kita terokai cara pengurusan ADHD dewasa yang mesra-ADHD dengan menggabungkan strategi yang anda mungkin boleh pelajari dalam sesi terapi – iaitu menggunakan modaliti CBT.

Spoiler alert: Sistem yang berkesan kepada individu bukan kerana kesempurnaan sistem tersebut, tetapi bagaimana ia boleh bertahan lama, fleksibel, dan membantu anda menguruskan otak ADHD anda like a boss!

Langkah Pertama: Kenali ADHD Anda (a.k.a. Apa Sebenarnya yang Anda Tengah Buat?)

Mulakan dengan melakukan audit ringkas terhadap diri sendiri. Tanya diri anda:

  1. Kenapa sekarang? Apa yang saya nak ubah?
  2. Bahagian mana dalam rutin harian saya yang paling huru-hara?
  3. Bagaimana hidup saya akan jadi lebih baik kalau saya boleh kawal semua ni?

Adakah anda sudah menemui sebab ‘kenapa’?

Langkah Kedua: Bina Sistem Mesra-ADHD Anda

Sebagai individu dengan ADHD, sudah semestinya kita inginkan sistem yang sempurna. Namun, ini sebenarnya merupakan satu perangkap kerana akhirnya kita tidak akan menggunakannya langsung.

Jom ubah tabiat ini!

Peraturan #1 – Jangan Taksub dengan Sistem Sempurna

Anda tidak perlu risau kalau sistem yang anda bina tidak ada warna-warni, tidak digital atau tidak minimalis. Yang penting ialah:

  • Mudah diakses
  • Anda selesa untuk menggunakannya
  • Sesuai dengan gaya hidup anda
  • Anda pasti akan guna setiap hari!

Peraturan #2 – Simpan Semuanya di Satu Tempat

Mulai sekarang anda perlu lakukan ini:

  • Semua temujanji dimasukkan ke dalam satu kalendar sahaja
  • Semua tugasan, seperti mesej ibu atau telefon kawan, harus dimasukkan dalam senarai tugasan harian
  • Semak dan kemas kini senarai tugasan anda setiap hari

Langkah Ketiga: Pecahkan Senarai Tugasan Anda

Berikut adalah cara pengurusan ADHD di pejabat menggunakan organisasi tugasan berasaskan teknik CBT:

Bucket Tugasan Saya dalam Outlook:
  • Doing (1): Hanya satu tugasan aktif yang kelihatan pada satu masa – kurang tekanan, otak lebih fokus
  • Today (5): 5 tugasan utama untuk hari ini
  • ASAP: Tugasan segera yang akan ganggu tugasan lain kalau tak buat dulu
  • Absolute Deadline: Tugasan yang tak boleh langsung lambat – boleh hilang kerja weh
  • Delay Harmful: Tugasan penting yang kalau lambat, boleh jejaskan reputasi/projek
  • Upcoming: Tugasan yang boleh tunggu, tapi jangan sampai tertangguh 3 tahun!
  • Follow-Up: Saya dah buat bahagian saya, tinggal tunggu orang lain respond
  • Parked – Reminder Set: Tugasan yang sudah siap, tetapi perlu diperkemas mengikut pencetus tertentu, dan peringatan telah ditetapkan

Setiap tugasan ada struktur dalaman:

  • Objektif: Apa saya nak capai?
  • 📄 Bahan: Apa yang saya perlukan? (tak ada lagi “Mana fail Excel tu?!”)
  • 🧑‍💼 Pihak Berkepentingan: Siapa lagi terlibat?
  • 🔨 Langkah Seterusnya: Tindakan jelas (ikut gaya GTD – Getting Things Done)

Sistem Anda, Harus Sesuai Dengan Otak Anda

Sebagai individu dewasa dengan ADHD, anda tidak harus memaksa diri semata-mata untuk berjaya. Otak anda perlukan struktur, sistem sokongan dan strategi yang sesuai dengan cara otak anda bekerja.

Jadi, inilah masa untuk setkan sistem tugasan anda dan bina hidup mengikut rentak anda sendiri!

Dan sekiranya anda memerlukan sokongan yang lebih daripada pakar atau ingin belajar cara mengurus ADHD menggunakan teknik CBT, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Sprich, S. E., Knouse, L. E., Cooper-Vince, C., Burbridge, J., & Safren, S. A. (2012). Description and Demonstration of CBT for ADHD in Adults. Cognitive and behavioral practice, 17(1), https://doi.org/10.1016/j.cbpra.2009.09.00
  2. Langberg, J. M., Epstein, J. N., & Graham, A. J. (2008). Organizational-skills interventions in the treatment of ADHD. Expert review of neurotherapeutics, 8(10), 1549–1561. https://doi.org/10.1586/14737175.8.10.1549
  3. Cognitive Behavioral Therapy for Adult ADHD: Does ADHD Need Therapy, Kristen Lindgren, PhD | University of Washington, School of Medicine
  4. CBT and Psychosocial Treatment for ADHD, Aude Henin, PhD | Massachusetts General Hospital, Psychiatry Academy

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.