Mempunyai ADHD sebagai individu dewasa ibarat bekerja sepenuh masa. Tapi, situasi ini jauh berbeza daripada pekerjaan biasa, ia adalah “kerjaya” yang tidak diberikan latihan semasa bekerja (on-job training), tiada masa rehat untuk minum kopi dan yang paling mencabar, penuh dengan tugasan yang terbengkalai.
Anda pernah rasa begini?
Jika anda pernah membeli planner baru menjelang tahun baru, namun hanya tinggal kenangan apabila bulan Januari hampir berakhir, artikel ini adalah untuk anda. Bersama Minda Inklusif, mari kita terokai cara pengurusan ADHD dewasa yang mesra-ADHD dengan menggabungkan strategi yang anda mungkin boleh pelajari dalam sesi terapi – iaitu menggunakan modaliti CBT.
Spoiler alert: Sistem yang berkesan kepada individu bukan kerana kesempurnaan sistem tersebut, tetapi bagaimana ia boleh bertahan lama, fleksibel, dan membantu anda menguruskan otak ADHD anda like a boss!
Mulakan dengan melakukan audit ringkas terhadap diri sendiri. Tanya diri anda:
Bagaimana hidup saya akan jadi lebih baik kalau saya boleh kawal semua ni?
Adakah anda sudah menemui sebab ‘kenapa’?
Sebagai individu dengan ADHD, sudah semestinya kita inginkan sistem yang sempurna. Namun, ini sebenarnya merupakan satu perangkap kerana akhirnya kita tidak akan menggunakannya langsung.
Jom ubah tabiat ini!
Anda tidak perlu risau kalau sistem yang anda bina tidak ada warna-warni, tidak digital atau tidak minimalis. Yang penting ialah:
Anda pasti akan guna setiap hari!
Mulai sekarang anda perlu lakukan ini:
Semak dan kemas kini senarai tugasan anda setiap hari
Berikut adalah cara pengurusan ADHD di pejabat menggunakan organisasi tugasan berasaskan teknik CBT:
Parked – Reminder Set: Tugasan yang sudah siap, tetapi perlu diperkemas mengikut pencetus tertentu, dan peringatan telah ditetapkan
Setiap tugasan ada struktur dalaman:
Sebagai individu dewasa dengan ADHD, anda tidak harus memaksa diri semata-mata untuk berjaya. Otak anda perlukan struktur, sistem sokongan dan strategi yang sesuai dengan cara otak anda bekerja.
Jadi, inilah masa untuk setkan sistem tugasan anda dan bina hidup mengikut rentak anda sendiri!
Dan sekiranya anda memerlukan sokongan yang lebih daripada pakar atau ingin belajar cara mengurus ADHD menggunakan teknik CBT, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.
One Response