ADHD dan Lelaki Dewasa: Kau Bukan Gagal, Kau Cuma Lain Cara

Anda ada tenaga. Idea. Cita-cita. Orang sekeliling kata anda seorang yang berbakat. Bermotivasi tinggi. Mungkin juga seorang genius.

Tapi kenapa pula anda…

  • Asyik mencelah dalam perbualan?
  • Meninggalkan projek yang telah dimulakan separuh jalan?
  • Bertangguh kerja walaupun tahu ianya penting? 
  • Sering menggerakkan kaki tanpa sedar atau rasa resah bila duduk terlalu lama?
  • Dan, anda sukar untuk mencapai potensi diri walaupun anda tahu anda boleh lakukannya?

Mungkin anda sedang hidup dengan ADHD dewasa. Dan jika anda seorang lelaki, terutamanya jika tidak pernah didiagnosis atau dirawat, simptom ADHD mungkin tidak begitu ketara. Tapi kesannya, lama-kelamaan, boleh membentuk satu jurang besar dalam kehidupan seharian.

Adakah Simptom ADHD Lelaki dan Perempuan Benar-Benar Berbeza?

Simptom ADHD pada lelaki sebenarnya tidak selalu sejelas yang kita sangka. Ada masanya simptomnya berbeza dengan perempuan, tapi ada juga ketika ia sukar dibezakan. 

Penyelidikan ADHD selama ini banyak merujuk kepada kajian yang dilakukan keatas lelaki kerana pengkaji terdahulu lebih mudah untuk mengakses data tentang kanak-kanak lelaki. Akibatnya, secara tidak langsung ADHD sering disalah anggap sebagai ‘masalah budak lelaki’.Tapi, Kajian ADHD menunjukkan:

  • Lelaki lebih cenderung untuk menunjukkan simptom yang lebih jelas secara luaran seperti sifat hiperaktif dan impulsif.
  • Perempuan pula, simptom ADHD selalunya lebih tersembunyi, seperti sikap perfectionist atau terlalu banyak berfikir hingga susah nak berhenti.

Walaupun simptom nya sama, cara ia dimanifestasikan berbeza. Secara luarannya, lelaki dewasa ADHD mungkin akan kelihatan lebih ‘berselerak’ manakala perempuan dewasa ADHD pula nampak lebih ‘tersusun’. Tapi realitinya, kedua-duanya sedang bergelut dengan fungsi eksekutif yang terganggu.

Jika anda tanya kenapa lelaki lebih kerap mendapatkan diagnosis ADHD berbanding perempuan? Jawapannya adalah:

  • Simptom ADHD lelaki lebih obvious pada manifestasi secara luaran dan senang untuk dikesan lebih awal.
  • Alat diagnosis dan rujukan guru di sekolah rendah juga lebih mudah untuk mengenal pasti tingkah laku yang jelas secara luaran seperti hiperaktif berbanding simptom yang tersembunyi atau dalaman.

Statistik ADHD Lelaki

Disebabkan simptom ADHD yang lebih jelas seperti hiperaktif, lelaki mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan diagnosis formal semasa kecil.

  • Kanak-kanak lelaki (13%) yang mempunyai diagnosis formal ADHD adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding kanak-kanak perempuan (6%).
  • Apabila dewasa, individu lelaki lebih kerap untuk mendapatkan diagnosis ADHD jenis gabungan iaitu gabungan simptom tidak fokus dan impulsif/hiperaktif.
  • Lelaki dewasa ADHD juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komorbiditi seperti penyalahgunaan bahan, gangguan tingkah laku atau gangguan personaliti antisosial.

Jurang diagnosis formal antara individu lelaki dan perempuan tidak bermaksud lelaki lebih ramai yang mempunyai ADHD. Seperti yang dinyatakan, ini mungkin kerana simptom ADHD lelaki lebih mudah dikenalpasti terutamanya semasa zaman kanak-kanak.

Bagaimana ADHD Kelihatan pada Lelaki Dewasa?

Kita selalunya bayangkan ADHD sebagai budak hiperaktif yang tak boleh duduk diam, melompat sana sini sampai pening ibu dan cikgu di sekolah. Tapi, apa akan jadi bila budak itu membesar dan menjadi seorang dewasa?

Jawapan kepada persoalan tersebut: Simptom utama ADHD seperti kurang tumpuan, impulsif dan hiperaktif masih wujud, tapi lebih terselindung di sebalik rutin dan tingkah laku harian individu dewasa yang lebih stabil daripada kanak-kanak.

Sifat ADHD dalam kalangan lelaki dewasa tidak semestinya akan kelihatan seperti tidak fokus selalu. Terdapat beberapa tanda ADHD lelaki dewasa yang kurang diketahui. Kadang-kadang ADHD bagi lelaki dewasa akan kelihatan seperti:

  • Ulang-alik ke tandas. Bukan sebab nak buang air, tetapi otak ADHD anda dan tubuh anda tidak boleh duduk diam pada jangka waktu yang panjang. Mesyuarat kerja yang berpanjangan boleh membuatkan anda seperti ‘diseksa’, jadi anda berkemungkinan mencari ‘alasan sah’ untuk bergerak.
  • Mencelah dalam perbualan. Kadangkala kita bukanlah mahu untuk menjadi individu yang biadab. Otak ADHD mempunyai kemungkinan untuk terlupa idea yang telah sampai kalau tunggu sampai giliran diri sendiri untuk bercakap. Kadangkala, ianya sangat spontan dan tidak disedari langsung.
  • Hobi baru yang banyak. Bulan lepas anda baru sahaja beli set alat golf dengan azam untuk mula bermain golf secara konsisten. Tapi, minggu ni anda telah membeli kamera baru kerana mahu belajar tentang photography pula. Minat individu ADHD tinggi di permulaan, tapi perasaan minat akan pudar bila individu sudah terbiasa dengan aktiviti tersebut.
  • Terlalu bergantung kepada gadjet. Anda bukan sekadar cepat bosan tetapi otak anda perlukan sesuatu untuk kekal terangsang. Pada zaman moden, semua orang mempunyai telefon dan tablet, jadi kadangkala anda mungkin akan sering skrol TikTok untuk dapat dopamine yang segera. Selepas bosan, mungkin anda akan mula untuk membaca emel kerja. Dan begitulah kitaran ini terjadi.

Apa Yang Lelaki Dewasa ADHD Jarang Ceritakan

Disebabkan mereka jarang dapat diagnosis formal ADHD kerana pergelutan mereka tidaklah sedramatik pergelutan kanak-kanak lelaki dengan ADHD, mereka sering bergelut dalam diam. Mereka mungkin tidak nampak ‘tidak terkawal’, tapi hakikatnya:

  • Rasa bersalah sebab sering terlupa perkara penting seperti anniversary perkahwinan.
  • Rasa malu sebab tidak dapat capai potensi sebenar diri seperti di tempat kerja walaupun sudah mempunyai pengalaman yang banyak, mereka mungkin akan mengalami beberapa masalah untuk menyiapkan tugasan.
  • Rasa kecewa dengan keadaan bilik yang berselerak, emel yang banyak tidak berbalas dan fikiran yang berserabut setiap hari sampai menyusahkan orang sekeliling.

Kerana sudah pandai menyesuaikan diri, orang sekeliling mungkin tidak nampak kesukaran sebenar. Mereka nampak ‘normal’ tapi dalam hati mereka letih. Akibatnya, mereka lebih cenderung untuk tidak mencari bantuan dan akan menderita dalam diam.

Anda Bukan Pemalas. Anda Cuma Perlukan Sistem Yang Sesuai.

Kepada anda yang sudah berjaya untuk sampai kepada penghujung entri ini, terima kasih kerana beri peluang kepada diri anda untuk faham.

Ketahuilah:

Anda bukan malas. Anda bukan lemah. Dan and bukan pelik.

Anda hanya perlukan sebuah peta dan sistem yang sesuai dengan cara otak ADHD anda berfungsi. Sistem yang menandakan aliran semula jadi supaya orang lain nampak potensi anda untuk berkembang disebalik ‘kecelaruan’.

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Stibbe, T., Huang, J., Paucke, M., Ulke, C., & Strauss, M. (2020). Gender differences in adult ADHD: Cognitive function assessed by the test of attentional performance. PloS one, 15(10), e0240810. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0240810
  2. Platania NM, Starreveld DEJ, Wynchank D, Beekman ATF and Kooij S (2025) Bias by gender: exploring gender-based differences in the endorsement of ADHD symptoms and impairment among adult patients. Front. Glob. Women’s Health 6:1549028. doi: 10.3389/fgwh.2025.1549028
  3. Is ADHD Different for Men and Women? | EndearvorOTC

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.