Anda ada tenaga. Idea. Cita-cita. Orang sekeliling kata anda seorang yang berbakat. Bermotivasi tinggi. Mungkin juga seorang genius.
Tapi kenapa pula anda…
Dan, anda sukar untuk mencapai potensi diri walaupun anda tahu anda boleh lakukannya?
Mungkin anda sedang hidup dengan ADHD dewasa. Dan jika anda seorang lelaki, terutamanya jika tidak pernah didiagnosis atau dirawat, simptom ADHD mungkin tidak begitu ketara. Tapi kesannya, lama-kelamaan, boleh membentuk satu jurang besar dalam kehidupan seharian.
Simptom ADHD pada lelaki sebenarnya tidak selalu sejelas yang kita sangka. Ada masanya simptomnya berbeza dengan perempuan, tapi ada juga ketika ia sukar dibezakan.
Penyelidikan ADHD selama ini banyak merujuk kepada kajian yang dilakukan keatas lelaki kerana pengkaji terdahulu lebih mudah untuk mengakses data tentang kanak-kanak lelaki. Akibatnya, secara tidak langsung ADHD sering disalah anggap sebagai ‘masalah budak lelaki’.Tapi, Kajian ADHD menunjukkan:
Perempuan pula, simptom ADHD selalunya lebih tersembunyi, seperti sikap perfectionist atau terlalu banyak berfikir hingga susah nak berhenti.
Walaupun simptom nya sama, cara ia dimanifestasikan berbeza. Secara luarannya, lelaki dewasa ADHD mungkin akan kelihatan lebih ‘berselerak’ manakala perempuan dewasa ADHD pula nampak lebih ‘tersusun’. Tapi realitinya, kedua-duanya sedang bergelut dengan fungsi eksekutif yang terganggu.
Jika anda tanya kenapa lelaki lebih kerap mendapatkan diagnosis ADHD berbanding perempuan? Jawapannya adalah:
Disebabkan simptom ADHD yang lebih jelas seperti hiperaktif, lelaki mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan diagnosis formal semasa kecil.
Lelaki dewasa ADHD juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komorbiditi seperti penyalahgunaan bahan, gangguan tingkah laku atau gangguan personaliti antisosial.
Jurang diagnosis formal antara individu lelaki dan perempuan tidak bermaksud lelaki lebih ramai yang mempunyai ADHD. Seperti yang dinyatakan, ini mungkin kerana simptom ADHD lelaki lebih mudah dikenalpasti terutamanya semasa zaman kanak-kanak.
Kita selalunya bayangkan ADHD sebagai budak hiperaktif yang tak boleh duduk diam, melompat sana sini sampai pening ibu dan cikgu di sekolah. Tapi, apa akan jadi bila budak itu membesar dan menjadi seorang dewasa?
Jawapan kepada persoalan tersebut: Simptom utama ADHD seperti kurang tumpuan, impulsif dan hiperaktif masih wujud, tapi lebih terselindung di sebalik rutin dan tingkah laku harian individu dewasa yang lebih stabil daripada kanak-kanak.
Sifat ADHD dalam kalangan lelaki dewasa tidak semestinya akan kelihatan seperti tidak fokus selalu. Terdapat beberapa tanda ADHD lelaki dewasa yang kurang diketahui. Kadang-kadang ADHD bagi lelaki dewasa akan kelihatan seperti:
Disebabkan mereka jarang dapat diagnosis formal ADHD kerana pergelutan mereka tidaklah sedramatik pergelutan kanak-kanak lelaki dengan ADHD, mereka sering bergelut dalam diam. Mereka mungkin tidak nampak ‘tidak terkawal’, tapi hakikatnya:
Rasa kecewa dengan keadaan bilik yang berselerak, emel yang banyak tidak berbalas dan fikiran yang berserabut setiap hari sampai menyusahkan orang sekeliling.
Kerana sudah pandai menyesuaikan diri, orang sekeliling mungkin tidak nampak kesukaran sebenar. Mereka nampak ‘normal’ tapi dalam hati mereka letih. Akibatnya, mereka lebih cenderung untuk tidak mencari bantuan dan akan menderita dalam diam.
Kepada anda yang sudah berjaya untuk sampai kepada penghujung entri ini, terima kasih kerana beri peluang kepada diri anda untuk faham.
Ketahuilah:
Anda bukan malas. Anda bukan lemah. Dan and bukan pelik.Anda hanya perlukan sebuah peta dan sistem yang sesuai dengan cara otak ADHD anda berfungsi. Sistem yang menandakan aliran semula jadi supaya orang lain nampak potensi anda untuk berkembang disebalik ‘kecelaruan’.
Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.