Memahami Disleksia Dewasa: Cabaran, Harapan dan Kekuatan Diri

Apakah itu Disleksia?

Apabila mendengar perkataan “disleksia”, kebanyakan kita akan membayangkan seseorang yang sukar membaca, sering tersangkut ketika bercakap, atau tertukar huruf ketika membaca. Gambaran ini biasanya lebih ketara pada kanak-kanak. Namun, pengalaman disleksia pada orang dewasa mungkin berbeza, lebih halus, tetapi tetap memberi kesan kepada kehidupan harian.

Disleksia ialah perbezaan neurologi yang dialami kira-kira 10% daripada populasi global (Nalavany et al., 2023). Ia dicirikan oleh kesukaran membaca dan mengeja dengan tepat dan lancar, serta cabaran dalam memproses fonologi. Selain itu, individu dengan disleksia sering mengalami kesukaran dalam mengekalkan tumpuan, memori kerja, komunikasi lisan dan pengurusan fungsi eksekutif.

Disleksia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan hitam putih sahaja. Disleksia adalah spektrum yang mempunyai continuous traits. Ia melibatkan cara bagaimana otak individu memproses bahasa, tidak kira secara lisan atau bukan lisan.

Seperti yang pernah disebut oleh Rapin, “Tiada garisan jelas antara normal dan disorder.”

Siapakah yang Kita Rujuk sebagai ‘Disleksik’?

Hingga kini, belum ada satu definisi tunggal tentang disleksia yang diterima secara menyeluruh. Disebabkan pengalaman individu dengan disleksia yang berbeza antara satu sama lain, penyelidik melihat disleksia melalui pelbagai lensa.

Berikut adalah antara beberapa pendekatan yang digunakan untuk mentakrifkan disleksia:

  • Disleksia adalah kesukaran dalam kemahiran abjad (fonologi) – individu mempunyai cabaran untuk menghubungkan huruf dengan bunyi.
  • Disleksia adalah kesukaran berterusan – kesukaran membaca dan menulis dalam tempoh lama tanpa punca lain seperti masalah deria. (contoh seperti huruf hilang, atau bercampur)
  • Disleksia melibatkan cabaran mengautomasikan pengecaman perkataan disebabkan oleh faktor biologi individu.
  • Disleksia adalah profil kognitif yang tidak seimbang – individu mempunyai kelemahan dalam sesetengah bidang, tetapi kekuatan dalam bidang lain.

Variasi pendekatan terhadap definisi disleksia menunjukkan disleksia adalah spektrum yang mempunyai pelbagai dimensi dan berbeza konteks berdasarkan individu. Secara inklusif, untuk mengenal pasti disleksia – individu berkongsi beberapa ciri atau simptom yang berbeza tahapnya.

Petunjuk Neurologi Disleksia: Apa yang Berlaku di Otak?

Kajian saintifik mendapati terdapat perbezaan struktur dan fungsi otak individu dengan disleksia, seperti:

  • Perubahan mikroskopik – contohnya struktur seperti microgyria yang terbentuk sebelum lahir boleh menjejaskan sambungan neuron.
  • Perbezaan makroskopik – struktur planum temporale (yang terlibat dalam pemprosesan bahasa) biasanya lebih besar di bahagian kiri otak individu neurotipikal, tetapi bagi individu dengan disleksia, planum temporale mungkin akan berbentuk simetri dengan otak sebelah kanan.
  • Isu pemprosesan visual – terdapat perbezaan dalam sistem magnocellular yang boleh menjejaskan kelajuan otak memproses visual dan ketepatan membaca.

Penemuan ini menyokong bahawa disleksia berpunca daripada faktor biologi-neurologi, bukan kerana seseorang itu malas atau kurang bijak. 

Penjagaan Diri dan Otak Disleksia

Mempunyai disleksia bukan sekadar menyesuaikan diri anda dengan keperluan otak sendiri, tetapi juga menghargai dan menyayangi diri.

  •  Kenali Diri Sendiri – Fahami gaya belajar, membaca dan menulis untuk anda. Kenal pasti kekuatan: adakah anda lebih kreatif, lebih visual, atau lebih kritikal?
  • Bersifat Belas Kasihan Terhadap Diri Sendiri – gantikan kritikan yang anda selalu gunakan seperti “Saya ni memang bodohlah,” dengan “Otak saya belajar secara berbeza, saya akan cari jalan untuk memahami.”
  • Advokasi Diri – minta sokongan jika anda memerlukan seperti memerlukan masa tambahan untuk memahami penulisan, alat bantuan pembelajaran dan sebagainya. Anda berhak mendapat akses kepada sokongan.

Memahami disleksia bermakna kita melihat insan di sebalik cabaran: menghargai usaha, menyokong kekuatan, dan menyediakan ruang tanpa rasa malu. Dengan kesedaran dan kasih sayang, apa yang dahulu dianggap kelemahan boleh menjadi sumber kreativiti, keprihatinan dan empati. 

Sekiranya anda ingin lebih memahami disleksia dan pengalaman individu dengan disleksia, anda boleh sertai Amani dalam siri Chit Chat ADHD+ pada bulan Ogos. Pendaftaran boleh dilakukan di borang ini.

Selain itu, jka anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Nalavany, B. A., Kennedy, R., Lee, M. H., Carawan, L. W., & Knight, S. M. (2023). Insights from a Web-based survey into the psychosocial experiences of adults with dyslexia: Findings from a final comment question. Dyslexia, 29(4), 441–458. https://doi.org/10.1002/dys.1756
  2. Brunswick, N., & Bargary, S. (2022). Self-concept, creativity and developmental dyslexia in university students: Effects of age of assessment. Dyslexia (Chichester, England), 28(3), 293–308. https://doi.org/10.1002/dys.1722
  3. Reis, A., Araújo, S., Morais, I. S., & Faísca, L. (2020). Reading and reading-related skills in adults with dyslexia from different orthographic systems: a review and meta-analysis. Annals of dyslexia, 70(3), 339–368. https://doi.org/10.1007/s11881-020-00205-x
  4. Smith-Spark, J. H., Henry, L., Messer, D. J., Edvardsdottir, E. & Zięcik, A. P. (2016). Executive functions in adults with developmental dyslexia. Research in Developmental Disabilities, 53-54, pp. 323-341. doi: 10.1016/j.ridd.2016.03.001
  5. Developmental dyslexia in adults: a research review | NRDC

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.