Pernah tak anda rasa seperti terperangkap di atas sofa berjam-jam? Nak mandi, kemas rumah, atau mulakan sesuatu, tapi otak terasa seperti buffering, seakan video YouTube dengan WiFi yang perlahan?
Fenomena ini dikenali sebagai ADHD ‘paralysis’, satu istilah tidak rasmi yang digunakan untuk menggambarkan kesukaran melampau dalam memulakan tugas, walaupun kita tahu apa yang perlu dilakukan.
Bagi kebanyakkan individu dewasa ADHD, bahagian paling sukar bukan tugasan itu sendiri, tetapi langkah pertama untuk memulakannya. Dalam entri Minda Inklusif minggu ini, kami kongsikan beberapa strategi ringkas untuk membantu anda keluar dari ‘paralysis ini’ dan mula bergerak, satu langkah pada satu masa.
ADHD berkait rapat dengan disfungsi fungsi eksekutif, iaitu keupayaan otak untuk merancang, memberi perhatian, dan mengawal tindakan. Ini termasuk kesukaran mengaktifkan diri, walaupun untuk perkara ringkas.
Perubahan kimia otak, seperti tahap dopamin yang rendah, boleh menyebabkan tugasan biasa terasa membebankan. Otak anda tahu tugasan itu penting, tapi tetap rasa mustahil untuk bermula.
Trik pertama untuk keluar daripada ADHD ‘paralysis’ ialah dengan menukar pakaian. Kedengaran ringkas, tapi ia sangat berkesan.
Kita namakan ini sebagai OUTFIT ADHD. Satu ritual pakaian untuk memberi otak anda isyarat kontekstual: “Sekarang masa untuk bertindak.”
Menukar pakaian membantu otak ADHD membezakan antara “masa rehat” dan “masa bertindak”.Tukar pakaian = ‘Hei, jom kita nak mulakan benda lain sekarang!” Tak kira lah apron (untuk memasak), ataupun ‘seluar produktif’, yang penting pakaian ini memberikan fungsi dan konteks kepada anda untuk bermula. Beberapa hack outfit ADHD yang anda boleh cuba:
Mod Berpura-pura: Jika anda seorang ibu yang bekerja, anda mempunyai dua ‘syif’, di rumah dan di pejabat. Tukar dari baju pejabat ke ‘uniform rumah’ untuk bantu beralih antara dua ‘syif’.
Pertukaran pakaian adalah sebuah pertukaran konteks yang akan mengekalkan momentum mental otak ADHD.
ADHD suka cabaran dan stimulation yang segar. Jadi kita gunakan strategi ‘Trojan Horse’ – trik kecil untuk memperdayakan otak agak bergerak walaupun ia enggan.
Berikut beberapa micro-hack yang and boleh cuba:
Contoh trik untuk mengatasi paralysis ADHD di atas boleh membantu untuk menurunkan tenaga pengaktifan iaitu usaha yang diperlukan oleh individu untuk memulakan sesuatu tugasan. Bila otak anda sudah ‘bergerak’, kebiasaannya otak anda akan terus berjalan sampai anda memberikan isyarat untuk berhenti.
Otak ADHD tidak suka paksaan tetapi ia suka momentum.Tujuan semua strategi ini ialah mengurangkan halangan awal supaya anda boleh masuk ke dalam zon ‘flow’ – keadaan mental di mana anda boleh fokus. Ingat, jangan paksa otak anda.
Gunakan apa sahaja trik yang berkesan untuk anda: tukar baju, pasang timer, pakai kasut dalam rumah. Yang penting, mula dulu, kecil pon tak apa.
ADHD Paralysis bukan tanda kemalasan. Ia adalah kesukaran neurologi yang boleh difahami dan diuruskan. Dengan sokongan yang betul dan beberapa strategi kecil, anda boleh cipta perubahan besar.
Jadi… mari ikat kasut. Sarung apron. Pasang YouTube. Dan mulakan misi kecil anda hari ini. 🏁💪