Ketika anak muda Malaysia sedang berusaha menguruskan aktiviti sekolah, hubungan sosial dan memulakan kerjaya, mempunyai ADHD boleh menjadi sebuah cabaran tambahan. Terutamanya dalam aspek perancangan, pengurusan masa dan emosi. Namun, seperti perjalanan negara kita, Malaysia menuju kemerdekaan – kebebasan bagi anak muda neurodivergen adalah sesuatu yang boleh dicapai dan pasti akan tercapai. Minggu ini, mari kita belajar bagaimana untuk menyokong anak muda ADHD untuk terus berdikari dan mencapai kebebasan hidup dengan cara tersendiri.
Kebebasan bagi anak muda ADHD bukanlah sekadar mempunyai kebolehan untuk tinggal bersendirian, ia bermaksud individu mampu menguasai tanggungjawab harian, membuat keputusan yang bijak dan membina keyakinan diri untuk menjalani kehidupan tanpa pengawasan yang berterusan. Kali ini Minda Inklusif ingin berkongsi tips untuk membina keupayaan diri seseorang ADHD dewasa untuk mula berdiri di atas kaki sendiri.
Bagi menyokong perjalanan kebebasan individu ADHD, komunikasi yang baik adalah satu asas kepada proses ini. Dengan meningkatkan keupayaan komunikasi secara efektif, maklumat dapat disampaikan dengan lebih jelas dan mudah difahami, serta membina kepercayaan dengan orang sekeliling. Antara tips yang boleh dilakukan:
Pengukuhan Positif (positive reinforcement) – raikan kemajuan dan kejayaan mereka walaupun kecil kerana pengiktirafan akan membina motivasi mereka.
Kebergantungan pada reminders berlaku kerana individu ADHD terlalu bergantung kepada ibubapa atau guru untuk mengingatkan mereka. Ini mampu menghalang individu untuk membina kemahiran menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Matlamat Mengatasi Kebergantungan: daripada “Beritahu apa yang saya perlu buat” kepada “Saya boleh fikir langkah seterusnya.”
Ubah pendekatan untuk menyokong individu bagi mengurangkan kebergantungan kepada peringatan seperti:
Gunakan soalan yang boleh merangsang pemikiran dan bukan untuk memberikan jawapan secara terus.
EF adalah bahagian otak yang menggerakkan kita untuk memulakan, merancang dan menjayakan sesuatu tugas dalam kehidupan harian. Dengan cara memperkukuhkan EF, ia boleh membantu anak muda ADHD untuk lebih berdikari. Terdapat beberapa strategi untuk memperkukuhkan EF:
Tetapkan Sempadan Bantuan – tetapkan peraturan dan waktu bantuan yang khusus untuk menggalakkan individu untuk mencuba menyelesaikan masalah sebelum meminta bantuan.
Kita harus meraikan kepelbagaian dan ketabahan. Nilai ini juga ada pada individu neurodivergen. Mari kita lihat antara sifat positif ADHD:
Ciri positif ADHD dapat membantu dewasa ADHD untuk mencapai ‘kemerdekaan’ dan kebebasan kerana apabila ciri ini disalurkan ke arah yang betul, individu mampu untuk menguruskan diri dengan lebih baik. Selain itu, individu juga mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri dalam membuat keputusan dan mampu untuk meningkatkan keyakinan diri individu.
Kita juga boleh memberikan motivasi dan sokongan seperti:
“Jom Amir, kita belajar sama-sama. Nanti kalau ada bahagian yang tak faham, kita boleh discover bersama!”
“Baguslah cara awak explain topik tadi, saya jadi lagi mudah nak faham!”
“Good job Puteri hari ini!” selepas rakan berjaya bertanya soalan di dalam kelas.
Kemerdekaan Malaysia tidak dicapai dalam masa sehari. Merdeka dicapai melalui langkah kecil yang konsisten. Begitu juga bagi anak muda ADHD yang sedang melalui perjalanan menuju kebebasan peribadi. Sebagai sebuah komuniti, kita harus menyokong mereka untuk mencapai kebebasan peribadi.
Merdeka yang sebenar adalah kebebasan dengan tanggungjawab dan kemandirian yang dibina atas ketabahan.
Selamat Hari Merdeka ADHDers!