Bagi individu dengan ADHD, makanan bukan sekadar keperluan fizikal untuk kelangsungan hidup, tetapi juga satu cabaran dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang, individu mungkin hilang selera makan sepenuhnya, dan tanpa disedari, mereka terlupa untuk makan sepanjang hari. Pada waktu lain, mereka mungkin terlalu fokus pada satu jenis makanan (food hyper-fixation) dan enggan makan apa-apa selainnya selama berminggu-minggu.
ADHD boleh mempengaruhi hubungan individu dengan makanan, menyebabkan mereka bersikap impulsif terhadap pengambilan makanan dan memiliki pola pemakanan yang tidak konsisten. Oleh itu, ikuti entri Minda Inklusif kali ini untuk mengetahui cara mengurus food hyper-fixation dan selera makan yang sering tidak menentu
Kadang-kadang, menunggu rasa lapar untuk muncul tidak berkesan untuk otak ADHD. Selera makan boleh menjadi tidak menentu, tetapi badan tetap memerlukan tenaga. Ini bermakna anda perlu memaksa diri untuk makan walaupun tidak berasa lapar. Walaupun sudah dewasa, kita masih memerlukan figura ibu bapa, dan kali ini, anda harus menjadi ibu dan bapa kepada diri sendiri!
Bercakap dengan diri sendiri: “Duduk dan makan sekarang. Aku tak peduli kalau tak lapar, badan aku tetap perlukan tenaga!”
Mungkin kedengaran kasar, tetapi otak ADHD sering memerlukan kita untuk menjadi “parent” kepada diri sendiri dalam banyak aspek kehidupan, termasuk makan.
Otak ADHD sering menipu kita dengan menjadikan porsi makanan besar kelihatan menakutkan. Anda mungkin berfikir bahawa anda tidak mampu menghabiskannya. Oleh itu, cuba bahagikan makanan anda dalam saiz kecil supaya ia lebih mudah untuk dimakan, dan yang paling penting, anda tidak berasa terbeban untuk makan.
Dengan cara ini, aktiviti makan tidak akan dirasakan sebagai satu beban kerana anda boleh makan sedikit-sedikit sepanjang hari. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tekanan untuk menghabiskan makanan dalam satu hidangan.
Bagi individu dengan ADHD, motivasi boleh datang secara tiba-tiba dan akan juga pergi atau hilang secara tiba-tiba. Gunakan peluang dimana anda mempunyai motivasi secara tiba-tiba untuk melakukan persediaan makanan (meal prep). Cepat, sebelum motivasi anda hilang!
Bagaimana anda boleh lakukan meal prep bila motivasi datang?
Bagi orang dewasa dengan ADHD, perkara paling penting ialah mencari kaedah makan yang fleksibel dan sesuai dengan keadaan diri. Jangan terlalu risau tentang makan dengan sempurna—yang penting ialah badan mendapat tenaga yang mencukupi untuk menjalani hari dengan baik. Anda tidak perlu makan secara “sempurna”, tetapi pastikan anda tidak mengabaikan keperluan badan. ADHD mungkin menjadikan pemakanan mencabar, tetapi dengan strategi yang betul, ia boleh diurus dengan lebih mudah.
🍽️ Apa makanan ADHD-friendly kegemaran anda? Kongsi idea di ruangan komen! 🚀
We believe those with ADHD can thrive, lead, create, and redefine what success looks like — and we are here to walk that journey with you.