Kehilangan akibat bunuh diri adalah sebuah pengalaman yang mungkin paling menyakitkan dan mengelirukan bagi individu. Kehilangan yang menyebabkan kita mempunyai sejuta rasa sedih, bersalah dan persoalan yang berulang tanpa jawapan. Walaupun kehilangan akibat bunuh diri akan membuatkan individu berasa sunyi dan keseorangan, hakikatnya, tiada siapa pun yang patut melaluinya sendirian.
Dengan belas kasihan, kesabaran dan sokongan yang tepat, kita juga boleh membantu mereka yang sedang berduka untuk meneruskan kehidupan. Pada minggu ini bersama Minda Inklusif, mari kita sama-sama belajar bagaimana kita boleh menyokong seseorang yang sedang mengalami kehilangan akibat bunuh diri.
Kesedihan yang dialami selepas kehilangan akibat bunuh diri adalah sangat kompleks. Kesedihan ini boleh berbentuk seperti:
Gaya berkabung yang berbeza dalam keluarga, ada yang mahu bercakap, ada pula yang menutup diri.
Kesedihan ini bukan sesuatu yang mudah dan untuk âdilupakanâ. Kesedihan adalah pelajaran yang kita belajar secara perlahan-lahan untuk hidup bersama kita.
Kalau ada kenal seseorang yang sedang berduka selepas kehilangan akibat bunuh diri, sokongan yang ada berikan kepada mereka boleh memberikan kesan yang besar dalam kehidupan mereka. Berikut adalah beberapa cara bagaimana kita boleh membantu individu yang kehilangan akibat bunuh diri:
Cadangkan kumpulan sokongan â anda boleh cadangkan kumpulan sokongan kepada mereka supaya mereka boleh didengari dalam kumpulan yang mempunyai pengalaman yang sama.
Sebaliknya, dalam menyokong individu yang sedang mengalami kehilangan akibat bunuh diri, elakkan melakukan perkara berikut:
Jangan berkata, âdia sudah berada di tempat yang lebih baik,â atau âawak perlu teruskan hidup awak â janganlah sedih.â
Dengan mengakui terdapat kematian dan mereka sedang mengalami kehilangan akibat bunuh diri, anda boleh menyokong orang yang terdekat tanpa menghukum mereka atau membatasi akses mereka kepada berduka.
Anak kecil berduka dengan cara yang berbeza daripada orang dewasa. Penting bagi kita sebagai orang dewasa untuk tidak menghiraukan perasaan mereka kerana anak kecil boleh menunjukkan kesedihan melalui lakonan semula kematian, menangis tanpa henti atau perubahan tingkah laku.
Anda boleh menyokong mereka begini:
Dapatkan mereka sokongan professional sekiranya mereka sukar untuk menghadapi proses kehilangan akibat bunuh diri atau menunjukkan tingkah laku yang membimbangkan.
Yang pasti, perasaan sedih selepas mengalami kehilangan akibat bunuh diri adalah sangat berat. Individu yang ditinggalkan mempunyai perasaan yang bercampur-baur dan seribu satu persoalan tanpa jawapan dan titik noktah.
Tugas anda sebagai individu terdekat mereka adalah untuk menyokong mereka tanpa stigma dan prejudis. Bersabarlah dengan mereka dan tunjukkan empati anda.
Ingatkan mereka:
Kehidupan si mati, yang mereka sayangi tetap bermakna walaupun mereka kembali lebih awal.
Perjalanan kehidupan seorang manusia adalah panjang dan mungkin sangat singkat. Luka dihati tidak mungkin akan hilang sepenuhnya, namun sekiranya individu mempunyai sokongan yang berterusan daripada orang sekeliling, mereka boleh bangun daripada kesedihan. Membina kehidupan yang baru di samping kehilangan dengan membawa memori insan tersayang bersama mereka.
Jika anda memerlukan sokongan dan panduan bagi memproses kehilangan orang yang anda sayang, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Psikologis klinikal dan kaunselor kami bersedia untuk beri anda ruangan yang selamat dan memberikan sokongan kepada anda melalui khidmat sesi intervensi psikoterapi atau kaunseling.
â ïž Penafian (Disclaimer):
Maklumat yang dikongsi dalam blog ini adalah untuk tujuan pendidikan dan kesedaran sahaja. Ia tidak menggantikan nasihat, diagnosis, atau rawatan daripada pakar kesihatan mental yang bertauliah. Jika anda atau individu yang anda kenali sedang bergelut dengan pemikiran untuk mencederakan diri atau bunuh diri, sila dapatkan bantuan segera.
đ Talian Krisis: Rujuk talian krisis di SINI.