Apabila sudah menginjak dewasa, masyarakat akan mempunyai jangkaan terhadap diri kita sebagai seorang individu yang mampu untuk berdikari, menguruskan tanggungjawab, pekerjaan, kewangan, perhubungan dengan orang sekeliling dan penjagaan diri. Namun, bagi seorang ADHD dewasa yang fungsi eksekutifnya terjelas, melakukan hal-hal tadi lebih sukar kerana tugasan-tugasan itu banyak bergantung kepada fungsi kognitif ini.
Fungsi eksekutif yang merangkumi fungsi seperti merancang, pengurusan masa serta kawalan impuls adalah fungsi teras untuk menjalani kehidupan sebagai individu dewasa. Tanpa fungsi teras ini, kebanyakkan individu ADHD dewasa menghadapi kesukaran untuk menjalani kehidupan seperti individu dewasa lain dan membuatkan cabaran untuk berdikari lebih mencabar.
Pada minggu ini, mari bersama Minda Inklusif selami cabaran kehidupan individu dewasa ADHD untuk mencapai tahap berdikari yang tinggi.
Menurut kajian ADHD di UMass (Amerika Syarikat) (Barkley et al., 2008), individu yang telah mendapatkan diagnosis ADHD sejak kanak-kanak memperoleh pendapatan 25% lebih rendah berbanding individu lain. Mereka juga mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk mempunyai simpanan dan kebergantungan yang tinggi kepada ibubapa atau bantuan kerajaan. Kajian ini juga mendapati bahawa, hampir 50% individu ADHD kembali tinggal di rumah bersama ibubapa. Selain itu, ibubapa individu ADHD melalui kajian ini juga melaporkan anak-anak mereka mempunyai kebergantungan kewangan yang lebih tinggi berbanding apa yang diakui oleh individu ADHD, iaitu anak mereka.
Selain itu, kebanyakkan individu dewasa muda ADHD menunjukkan kesedaran yang kurang terhadap kesedaran kewangan dan keyakinan dalam pengurusan kewangan seperti mengurus bil dan simpanan. Kajian mengenai ADHD dan kewangan (Altszuler et al., 2016; Barkley et al., 2018) menunjukkan individu dewasa ADHD yang telah mempunyai gejala ADHD yang berkurangan masih memiliki pendapatan tahunan yang rendah berbanding rakan sebaya mereka.
Selain daripada masalah kewangan, individu dewasa ADHD juga mempunyai cabaran keupayaan untuk berdikari lain seperti:
Kesukaran untuk mengekalkan rutin penjagaan diri – individu dewasa ADHD mempunyai masalah untuk mengekalkan rutin berpunca daripada ketidakstablan fungsi eksekutif dan motivasi diri. Ini bermakna, rutin seperti penjagaan diri yang disifatkan sebagai salah satu cara penjagaan diri orang dewasa sebagai satu rutin yang sukar diikuti dan memerlukan motivasi yang tinggi bagi individu dengan ADHD untuk kekal kepada rutin.
Walaupun individu dengan ADHD boleh berjaya dalam kerjaya dan akademik ketika dewasa, ramai daripada mereka juga melaporkan perasaan letih secara emosi kerana mereka perlu berusaha secara sengaja dan memberikan usaha yang konsisten. Dengan ini mereka boleh terus kekal untuk fokus dan teratur sepanjang hari. Cabaran emosi untuk menjalani kehidupan harian boleh menjadi beban kepada keupayaan individu untuk berdikari dan berdiri atas kaki sendiri.
Selain itu, terdapat perbezaan bagi individu dewasa dengan ADHD lelaki dan wanita. Bagi wanita, simptom ADHD akan menjadi lebih ketara pada awal dewasa disebabkan faktor seperti:
Tuntutan berdikari yang semakin meningkat terutama dalam kalangan wanita Asia
Disebabkan faktor ini, individu dewasa dengan ADHD wanita mungkin akan mempunyai cabaran yang lebih tinggi berbanding lelaki. Wanita juga hanya akan menerima sokongan untuk mengharungi cabaran untuk berdikari selepas mengalamai kesukaran yang memberikan impak besar terhadap pekerjaan dan hubungan sosial mereka.
Walaupun terdapat pelbagai cabaran untuk individu dengan ADHD ketika dewasa untuk hidup berdikari, terdapat beberapa strategi penyesuaian yang individu boleh gunakan sebagai permulaan untuk hidup bergantung kepada diri sendiri sahaja.
Contoh strategi penyesuaian untuk berdikari adalah seperti berikut:
Perjuangan harian anda akan terus berterusan apabila anda menginjak dewasa dengan ADHD. Anda akan terus berusaha untuk menentang norma masyarakat, memerlukan konsistensi yang tinggi untuk mengurus diri sendiri dan juga keupayaan untuk membuat keputusan secara matang tidak kira keputusan kecil atau besar.
Berdikari sebagai individu dewasa dengan ADHD bukan sekadar tentang mencapai kemerdekaan ekonomi, tapi anda juga perlu mencapai kemerdekaan daripada ketidakstabilan emosi dan struktur rutin yang sering berubah dan memenatkan. Tanpa pengiktirafan terhadap usaha berterusan yang perlu diambil oleh individu dewasa dengan ADHD untuk mengimbangi hidup, beban sebenar mereka akan terus tidak terlihat. ADHD mungkin tidak kelihatan secara luaran, tetapi usaha individu untuk menjadikan ‘hidup seperti orang biasa’ mungkin adalah lebih meletihkan daripada usaha untuk menerima diri mempunyai ADHD.
Jadi ADHDers, pada bulan kemerdekaan ini, merdekakan diri anda daripada perasaan ingin ‘hidup seperti orang biasa’. Hidup dengan cara anda, menjadi dewasa dengan cara anda, terima kekurangan dan kelebihan anda supaya anda boleh menjadi seorang individu dewasa yang berdikari dan juga mampu untuk menyayangi diri sendiri.
Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.