Tip Mengulangkaji Mesra ADHD untuk Pelajar Universiti

Mengulangkaji untuk peperiksaan boleh menjadi satu cabaran, terutamanya jika anda adalah seorang pelajar dengan ADHD. Anda mungkin mudah berasa serabut atau berputus asa sebelum sempat mengulangkaji. Tetapi tahukah anda? Mengulangkaji tidak perlu menjadi satu proses yang membebankan! 

Ikuti entri kali ini untuk mempelajari tips mesra ADHD yang dapat membantu anda belajar dengan lebih berkesan, tanpa perlu berjaga hingga subuh atau belajar pada saat akhir.

Menulis Rangka (Outline) dalam Menyusun Maklumat

Sekiranya anda mudah keliru dengan lambakan maklumat ketika mengulangkaji atau di dalam kelas, menulis rangka (outline) adalah cara yang terbaik untuk menyusun maklumat. Bayangkannya seperti peta minda, tetapi dalam bentuk yang lebih teratur. Rangka ini dapat membantu memberikan arah yang lebih jelas semasa mengulangkaji, selain membolehkan anda melihat perkembangan serta status pembelajaran anda.

Cara Menyusun Rangka (Outline):

  1. Mulakan dengan topik utama. Contohnya, tajuk bab
  2. Pecahkan kepada subtopik yang lebih kecil.
  3. Senaraikan definisi, huraian, fakta dan contoh penting bagi setiap subtopik.
  4. Gunakan pen berwarna atau highlighter untuk menjadikan nota anda lebih jelas serta memudahkan pemahaman dan mudah diingat.

Untuk menyokong proses penulisan rangka (outline) dalam menyusun maklumat, anda boleh mengumpulkan semua maklumat dalam satu dokumen. Contohnya, gunakan Google Sheets atau Excel untuk menyusun dan mengakses maklumat dengan lebih teratur. Bagaimana cara terbaik untuk mengumpulkan semua maklumat dalam satu dokumen?

Cara mengumpul maklumat dengan menggunakan teknik penulisan rangka (outline):

  1. Asingkan ruangan lajur (column) dan baris (row) untuk kategori seperti definisi, fakta, dan contoh.
  2. Setiap kali anda mengulangkaji, tambahkan maklumat ke dalam ruangan yang telah disediakan untuk memperkukuh pemahaman anda.
  3. Gunakan warna yang berbeza atau highlighter untuk membezakan maklumat penting. 
  4. Manfaatkan ciri seperti comment dan note sebagai peringatan untuk maklumat yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam.
  5. Gunakan ayat dan perkataan anda sendiri semasa mengumpul maklumat kerana ia lebih mudah difahami.
  6. Cetak dokumen yang telah siap jika perlu – ini memudahkan ulangkaji saat akhir, seperti sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Gunakan Flashcard untuk Belajar dengan Pantas dan Ringkas

Flashcard adalah alat ulangkaji yang menjadikan proses lebih pantas, ringkas, dan paling penting, tidak membosankan! Dengan menggunakan flashcard, anda boleh menguji diri sendiri melalui kuiz berdasarkan fakta-fakta yang telah anda pelajari. 

Cara Menggunakan Flashcard

  1. Terdapat dua bahagian di flashcard. Tulis soalan atau kata kunci di bahagian hadapan, dan tuliskan jawapannya di bahagian belakang.
  2. Tulis nota yang ringkas dan padat sekiranya anda ingin menghafal dengan cepat.
  3. Uji diri sendiri dengan kuiz semasa menunggu, seperti ketika menunggu atau menaiki bas, LRT atau MRT.
  4. Gunakan sistem ganjaran semasa belajar, contohnya: “Aku boleh beli Chagee kalau dapat jawab 15 kad dengan betul!”

Flashcard memudahkan ulang kaji kerana ia boleh dibawa kemana-mana. Ia juga menjadikan sesi ulangkaji anda lebih menyeronokkan seperti sebuah permainan (gamify session) dan tidak membosankan, terutama bagi anda yang mempunyai ADHD. Kaedah pembelajaran berbentuk permainan ini turut menggalakkan active recall yang sudah pastinya lebih berkesan berbanding sekadar membaca sepintas lalu (skimming).

Tips: Gunakan aplikasi seperti Anki atau Quizlet sekiranya anda malas untuk membuat flashcard fizikal!

Mengubah Sesi Ulangkaji menjadi Seperti Bermain

Untuk menjadikan penggunaan flashcard dan proses ulang kaji lebih menarik, anda boleh mengubahnya menjadi seperti sebuah permainan (gamify session). Dengan menjadikan sesi ulangkaji sebagai permainan, otak anda akan lebih terlibat secara aktif, sekali gus membantu anda mengekalkan fokus dengan lebih mudah.

Cara Menjadikan Sesi Ulang Kaji Lebih Menarik (Gamify)

  1. Tetapkan cabaran masa. Contohnya, rumuskan satu subtopik dalam masa 10 minit.
  2. Belajar bersama rakan dan saling menguji antara satu sama lain dengan kuiz. Kumpulkan mata untuk setiap jawapan yang betul.
  3. Berlumba dengan diri sendiri. Gunakan sistem ganjaran berdasarkan pencapaian, tetapi dalam masa yang sama mengejar masa. Contohnya, sekiranya anda dapat menjawab 8 daripada 10 soalan dengan betul, anda boleh menonton siaran langsung kegemaran anda. Kuncinya adalah melakukan cabaran ini secara spontan dan interaktif.

Cuba Ulangkaji Sekarang! 

Mengulangkaji dan belajar apabila anda mempunyai ADHD boleh menjadi cabaran besar, terutamanya bagi pelajar universiti yang lebih bebas dan tidak terikat dengan rutin seperti di sekolah menengah. Namun, apabila anda berjaya mencipta struktur yang jelas serta interaktif, proses ini akan menjadi lebih menyeronokkan dan membantu anda belajar dengan lebih efektif. 

Perlu diingat, tidak semua tip di atas akan berkesan untuk semua orang kerana setiap individu dengan ADHD mempunyai cara pembelajaran yang berbeza dan unik. Lakukan teknik cuba jaya (try dan error) untuk mencari teknik yang paling berkesan untuk diri anda!

Apa teknik terbaik mengulangkaji anda? Kongsikan di ruangan komen 🙂 

Rujukan:

  1. How to Revise with ADHD | The ADHD Centre UK
  2. Revising with ADHD | The Student Room
  3. ADHD Study Tips for University Students in the UK: Strategies for Success | Diverse Diagnostics

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.