Tip Pengurusan Sindrom Pengunduran Kognitif (CDS) untuk ADHD

Bagi kebanyakkan individu dewasa dengan ADHD, cabaran yang dialami bukan sekadar gangguan perhatian, tetapi juga rasa “tidak terlibat” secara kognitif. Ia seperti hidup di sebalik “kabus mental,” di mana anda masih boleh berfikir, tetapi memerlukan usaha yang lebih tinggi, dan untuk bertindak pula terasa lambat walaupun niat sudah ada.

Cognitive Disengagement Syndrome (CDS), yang sebelum ini dikenali sebagai sluggish cognitive tempo, menggambarkan pengalaman ini. Ia sering berlaku bersama ADHD, tetapi mempunyai profil neurokognitif yang sedikit berbeza, iaitu lebih kepada penarikan ke dalam diri, lamunan, pemprosesan yang perlahan, dan “mental fog.” Memahami perbezaan ini penting kerana pengurusan CDS memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza bagi individu dengan ADHD.

Minggu ini, ikuti blog Minda Inklusif untuk mengetahui beberapa tips pengurusan CDS bagi individu dewasa ADHD.

Tip 1: Bina Struktur Luaran (Jangan Bergantung pada “Willpower” Sahaja)

Jika cabaran utama anda adalah untuk “mula,” bergantung pada motivasi dalaman sahaja selalunya tidak mencukupi. Apa yang membantu ialah membina sokongan luaran kepada motivasi tersebut.

  • Peringatan perhatian: Gunakan timer, alarm, atau isyarat visual untuk menarik perhatian kembali ke masa kini.
  • Bina Checklist: Kurangkan beban mengingati dengan menulis senarai yang boleh dirujuk berulang kali.
  • Rutin: Automatikkan tingkah laku harian anda tidak perlu membuat terlalu banyak keputusan kecil setiap hari. 

Anggap struktur ini sebagai “exoskeleton kognitif” yang menyokong sistem otak ADHD anda.

Tip 2: Hormati Beban Kognitif (Jangan Paksa Otak untuk Laju)

Jika otak anda memproses maklumat dengan lebih perlahan, terutamanya di bawah tekanan, multitasking dan tergesa-gesa boleh menjadi sangat membebankan. Cuba:

  • Pecahkan tugasan: Contohnya, bukan “siapkan laporan,” tetapi “buka dokumen → buat rangka → tulis pengenalan”.
  • Fokus satu perkara: Anggap perhatian sebagai sumber terhad, dan lindungi ia dengan hanya melakukan satu perkara pada satu masa.
  • Minta masa tambahan: Jika perlu, beri ruang kepada diri untuk bekerja mengikut kapasiti kognitif anda. Ini bukan kelebihan, tetapi keperluan.

Apabila beban dalam otak berkurang, “kabus” juga akan mula berkurang.

Tip 3: Pemakanan, Kesihatan Usus & Kejelasan Kognitif

CDS cenderung lebih sensitif terhadap faktor persekitaran berbanding ADHD. Ini bermaksud gaya hidup harian boleh memberi kesan langsung kepada kejelasan mental anda.

  • Makan makanan sebenar (whole foods): Kurangkan makanan ultra-proses.
  • Hadkan bahan tambahan: Pewarna seperti Red 40 dan pemanis tiruan boleh memberi kesan kepada sesetengah individu.  
  • Kurangkan keradangan: Diet tinggi gula, garam dan lemak boleh menjejaskan kejelasan mental. Cuba seimbangkan semula pengambilan makanan.

Ini bukan tentang diet yang “sempurna,” tetapi tentang memberi input yang lebih stabil kepada otak anda.

Tip 4: Semak Asas Biologi Badan Anda

CDS sering dikaitkan dengan hypo-arousal, jadi faktor fisiologi memainkan peranan penting:

  • Zat besi (ferritin): Kekurangan boleh menyebabkan keletihan dan pemikiran perlahan.
  • Fungsi tiroid (TSH): Gangguan tiroid boleh menjejaskan tenaga mental.
  • Magnesium: Boleh membantu dalam regulasi sistem saraf dan kualiti tidur

Langkah ini membantu memastikan badan anda menyokong fungsi kognitif secara menyeluruh.

Tip 5: Elakkan Perangkap “Duduk Bersendirian Terlalu Lama”

CDS boleh membuatkan anda cenderung untuk menarik diri secara sosial. Pada awalnya, kurang rangsangan mungkin terasa lebih selesa. Tetapi dalam jangka masa panjang, ia boleh membentuk kitaran yang melemahkan.

Lebih banyak masa bersendirian → lebih mudah bosan → lebih sukar fokus → kurang penggunaan fungsi kognitif. Sebaliknya, interaksi sosial boleh menjadi rangsangan semula jadi

  • Kehadiran orang lain meningkatkan kepekaan individu
  • Struktur sosial membantu mengekalkan fokus individu
  • Perbualan boleh “memutuskan” lamunan dalaman individu

Anda tidak perlu untuk sentiasa bersosial, tetapi cukup untuk membantu “mengaktifkan” semula otak.

Tip 6: Dapatkan Sokongan Klinikal yang Sesuai

CDS masih kurang dikenali, jadi pendekatan ADHD biasa mungkin tidak mencukupi.

  • Terapi: Terapi boleh membantu dalam pengurusan fungsi eksekutif dan regulasi diri. Mencari profesional yang sesuai mungkin mengambil masa, tetapi ia adalah pelaburan jangka panjang untuk kesejahteraan anda.

Self-Compassion dalam Kabus Tebal

Hidup dengan ADHD dan CDS bermaksud anda mengurus dua cabaran secara serentak; gangguan luaran dan “kabus” dalaman.

Apabila anda mula memahami bahawa “perlahan” itu bukan kelemahan karakter, tetapi cara otak anda memproses maklumat, ruang untuk strategi yang lebih sesuai akan terbuka. Anda bukan malas kerana anda lambat. Anda sedang mengurus sistem yang berbeza dalam dunia yang bergerak sangat laju.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai ADHD? Nantikan ADHD Summit yang dibawakan oleh Minda Inklusif pada julung kalinya pada bulan May ini. Anda boleh mendaftar sekarang di –  ADHD Summit 2026.

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, individu autistik ataupun AuDHD, Minda Inklusif sedia untuk membantu anda. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Krone, B., Adler, L. A., Anbarasan, D., Leon, T., Gallagher, R., Patel, P., Faraone, S. V., & Newcorn, J. H. (2023). Characteristics of Sluggish Cognitive Tempo among adults with ADHD: objective neurocognitive measures align with self-report of executive function. Frontiers in child and adolescent psychiatry, 2, 1188901. https://doi.org/10.3389/frcha.2023.1188901
  2. Fredrick, J. W., Jacobson, L. A., Peterson, R. K., & Becker, S. P. (2024). Cognitive disengagement syndrome (sluggish cognitive tempo) and medical conditions: a systematic review and call for future research. Child neuropsychology : a journal on normal and abnormal development in childhood and adolescence, 30(5), 783–817. https://doi.org/10.1080/09297049.2023.2256052
  3. Tamm, L., Epstein, J. N., Orban, S. A., Kofler, M. J., Peugh, J. L., & Becker, S. P. (2024). Neurocognition in children with cognitive disengagement syndrome: accurate but slow. Child neuropsychology : a journal on normal and abnormal development in childhood and adolescence, 30(2), 221–240. https://doi.org/10.1080/09297049.2023.2185215
  4. Becker, S. P., Martinez, A. C., Wiggs, K. K., Langberg, J. M., & Smith, Z. R. (2024). Multi-method examination of cognitive disengagement syndrome and ADHD inattentive symptoms in relation to early adolescents’ academic functioning. European child & adolescent psychiatry, 33(7), 2189–2201. https://doi.org/10.1007/s00787-023-02311-8
  5. Ghosh, S., & Sinha, M. (2012). ADHD, ODD, and CD: Do They Belong to a Common Psychopathological Spectrum? A Case Series. Case reports in psychiatry, 2012, 520689. https://doi.org/10.1155/2012/520689
  6. Thornton, K. E., Wiggs, K. K., Epstein, J. N., Tamm, L., & Becker, S. P. (2025). ADHD and cognitive disengagement syndrome symptoms related to self-injurious thoughts and behaviors in early adolescents. European child & adolescent psychiatry, 34(3), 1195–1206. https://doi.org/10.1007/s00787-024-02556-x
  7. Miller, M. C., Jean-Francois, E., Hembree, K. E., Peugh, J. L., Epstein, J. N., Tamm, L., & Becker, S. P. (2026). Cognitive Disengagement Syndrome Symptoms and ADHD Dimensions in Relation To Children’s Daily Life Executive Functioning Deficits. Research on child and adolescent psychopathology, 54(2), 36. https://doi.org/10.1007/s10802-026-01436-z
  8. Fredrick, J. W., & Becker, S. P. (2024). Personality Traits in Relation to Cognitive Disengagement Syndrome and ADHD Inattention in Two Samples of Children. Journal of clinical child and adolescent psychology : the official journal for the Society of Clinical Child and Adolescent Psychology, American Psychological Association, Division 53, 53(3), 460–472. https://doi.org/10.1080/15374416.2024.2316707
  9. Becker, S. P., Dunn, N. C., Fredrick, J. W., McBurnett, K., Tamm, L., & Burns, G. L. (2024). Cognitive Disengagement Syndrome-Clinical Interview (CDS-CI): Psychometric support for caregiver and youth versions. Psychological assessment, 36(10), 618–630. https://doi.org/10.1037/pas0001330

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.