Panduan Unmasking Secara Selamat Buat ADHD Dewasa

Ada satu perkara penting tentang unmasking yang jarang ditekankan: kita tak belajar untuk menjadi diri sendiri secara bersendirian. Kita belajar mengenali diri melalui kehadiran individu lain yang menyambut dan menerima kita, tanpa keinginan untuk membetulkan atau mengubah siapa diri kita sebenarnya.

Dalam kehidupan individu dengan ADHD, ada segelintir yang bernasib baik kerana mempunyai ibubapa, adik-beradik atau ahli keluarga yang benar-benar memahami. Kehadiran mereka memberi ruang untuk anda hadir sebagai diri sendiri, tanpa perlu berpura-pura. Namun, ada juga yang tidak mempunyai kelebihan ini. Apabila tiada individu yang memahami, masking sering menjadi cara untuk bertahan.

Sebab itulah, mempunyai individu yang memberi ruang untuk anda menjadi diri sendiri adalah sangat penting. Kehadiran mereka boleh menjadi asas yang menyokong proses unmasking.

Sebelum ini, Minda Inklusif telah mengupas jenis-jenis ADHD masking dan beberapa tip berkaitan masking. Minggu ini, mari kita fokus kepada satu soalan yang lebih halus: bagaimana untuk melakukan unmasking secara selamat.

Cara ‘Menemukan Ruang’ yang Selamat

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, ruang selamat selalunya tidak muncul secara tiba-tiba. Ia sering wujud melalui kehadiran beberapa individu dalam kehidupan seharian kita. Individu ini boleh dianggap sebagai ‘orang yang selamat’ dan biasanya mereka lebih mudah dikenali daripada yang kita sangka.

Mereka selalunya:

  • Individu yang mempunyai keunikan kecil dan selesa untuk menunjukkannya tanpa rasa malu.
  • Memahami meme atau jenaka yang anda kongsi tanpa perlu penjelasan panjang.
  • Tidak menganggap anda pelik apabila anda terlalu teruja atau tiba-tiba menjadi senyap.

Melalui individu-individu inilah, ruang selamat mula terbentuk.

Unmasking jarang menjadi isu besar apabila anda berada dalam ruang yang selamat. Ruang ini tidak memerlukan lakonan, dan tiada siapa yang perlu berpura-pura. Kadangkala, ruang ini juga dirasai melalui tindak balas fizikal apabila anda mula berasa selesa. 

Apabila anda berasa selasa, anda mungkin mengalami sensasi seperti:

  • Menanggalkan bra atau seluar jeans yang ketat selepas seharian memakainya.
  • Menjatuhkan beg galas yang berat sebaik sahaja masuk ke rumah.
  • Menghempaskan badan ke atas katil yang terasa “menyambut” anda di penghujung hari.

Tindak balas fizikal ini adalah isyarat badan dan otak anda bahawa beban kognitif akhirnya dilepaskan. Anda selamat untuk berehat. Ia juga menjadi petanda bahawa anda boleh hadir sebagai diri sendiri di ruang itu, tanpa perlu menapis emosi atau perkataan ketika berinteraksi.

Rasa selamat ketika unmasking sangat penting kerana ia boleh mengubah cara anda memahami diri sendiri, dan bagaimana anda hadir secara lebih tulen dalam hubungan dengan individu lain.

Unmasking Bermula Dengan Diri Anda

Perkara ini jarang disebut, tetapi penting untuk difahami: anda  tidak wajib untuk unmask.

Jika anda masih belum menemui ruang selamat, sama ada di rumah, di tempat kerja atau persekitaran sosial, masking bukan tanda kegagalan atau kelemahan. Ia adalah cara otak ADHD anda melindungi diri dan memastikan anda boleh terus berfungsi dalam persekitaran yang dirasakan sebagai tidak selamat. 

Namun, jika anda memilih dan bersedia untuk unmask, fahami bahawa proses ini bermula daripada diri anda sendiri. Tiada siapa yang boleh memulakanya atau melakukannya bagi pihak anda.

Ia memerlukan anda untuk:

  • Memahami corak ADHD anda dan otak neurodivergent anda berfungsi
  • Menggantikan rasa malu dengan rasa hormat terhadap diri sendiri
  • Melihat keperluan diri sebagai sah dan penting, bukan menyusahkan

Jika anda tidak mempercayai bahawa anda layak untuk dilihat dan didengari, sukar untuk membenarkan orang lain mendekati, dan memahami anda. Walaupun ada individu yang cuba menyayangi anda, ia menjadi lebih sukar apabila kepercayaan tidak bermula daripada diri sendiri.

Rangka Kerja Unmasking ADHD secara Selamat

Panduan berikut ditujukan untuk anda yang telah memilih untuk unmask dan sudah mengenal pasti ruang selamat dalam hidup anda.

Audit topeng anda

Kenal pasti di mana anda berasa selamat, dan di mana anda sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Tanya diri anda:

  • Apa yang saya sembunyikan di sini?
  • Apa kos atau kesannya kepada diri saya?
Nilai risiko berdasarkan konteks

Sebelum berkongsi atau unmask dengan lebih terbuka, nilai risiko mengikut situasi. Tanya diri anda:

  • Sejauh mana mereka memahami ADHD?
  • Apakah kesan paling buruk kepada diri saya jika reaksi mereka negatif?
  • Adakah saya ada mempunyai sokongan emosi atau sokongan institusi?
Cuba unmask secara separa

Unmasking tidak bermaksud anda perlu mendedahkan segalanya. Anda berhak memilih apa yang ingin dikongsi, contohnya:

  • Menyatakan keperluan anda di tempat kerja, sekolah atau situasi sosial tanpa meletakkan label
  • Menormalkan penggunaan alat sokongan untuk menyokong keperluan fungsi eksekutif
  • Menetapkan batas dalam interaksi sosial tanpa memberikan penjelasan berlebihan

Unmasking Adalah Titik Permulaan

Unmasking ialah langkah pertama, bukan penyelesaian sepenuhnya kepada ADHD.

Ia adalah proses menyelaraskan kehidupan dengan realiti diri, dilakukan secara berperingkat dan berasaskan keselamatan. Proses ini membantu anda berhenti mengekalkan tingkah laku yang menghakis diri sendiri, dan mula membina cara hidup yang menyokong fungsi sebenar otak ADHD anda.

Anda tidak perlu unmask dengan semua orang.

Dan anda tidak perlu unmask untuk membuktikan apa-apa.

Jika anda memerlukan sokongan dan panduan sebagai individu dengan ADHD, individu autistik atau AuDHD, Minda Inklusif sedia membantu. Daftarkan temujanji untuk mendapatkan konsultasi bersama terapis kami di Minda Inklusif sekarang.

Rujukan:

  1. Humphreys KL, Watts EL, Dennis EL, King LS, Thompson PM, Gotlib IH. Stressful Life Events, ADHD Symptoms, and Brain Structure in Early Adolescence. J Abnorm Child Psychol. 2019 Mar;47(3):421-432. doi: 10.1007/s10802-018-0443-5. PMID: 29785533; PMCID: PMC6249129.
  2. Unmasking in relationships: safety, shame, and being seen | tiimo
  3. Unmasking With ADHD | Psychology Today
  4. Unmasking ADHD: The Hidden Dangers, the Smart Steps — and How to Disclose Safely | ADHD Insights Hub
  5. Unmasking ADHD: How to Live Authentically and Thrive | Medens Health
  6. How unmasking my ADHD helped me – and my colleagues | IOSH UK

Langgan Newsletter

Baca blog lain:

Client #1
Client #1@ADHDAssesment
It's very meaningful to me to finally get the proper diagnosis after struggling throughout my life. I feel validated during the session. The diagnosis, strategies and sharing did help me in navigating my life further. Thank you 🙂
Client #2
Client #2@MentalHealthConsultation
Adila makes me think that what i currently doing (by putting boundaries) is the right choice. i'm glad to hear that she said it's good i did that. since i thought what i did was wrong and constantly feeling guilty. now i feel kinda relieve. i kinda see a lil bit of light at the end of my tunnel. thanks adila.
Client #3
Client #3@MentalHealthScreening
The session went really good. Coming from a psychology major, I already am familiar with the terms and things that were being discussed, but the therapist explained in a very simple manner that's easy to understand that I feel like clients would be able to know themselves better through the session.